Mengumpat di tempat kerja boleh menjejaskan keharmonian organisasi serta berisiko mengundang tindakan disiplin. -Gambar hiasan AI
MENGUMPAT atau meluahkan rasa tidak puas hati terhadap majikan di tempat kerja mungkin dianggap perkara biasa sesama rakan sekerja.Namun tahukah anda perbuatan itu boleh memakan diri sehingga membawa kepada tindakan disiplin atau dipecat sekiranya perbualan berkenaan direkodkan secara bertulis seperti melalui e-mel syarikat. Pengamal Sumber Manusia, Khairul Atlas, berkongsi satu keputusan Mahkamah Perusahaan melibatkan seorang pekerja yang dipecat selepas didapati menggunakan gelaran berbaur penghinaan terhadap pegawai kanan syarikat dalam emelnya.Menerusi penghakiman Mahkamah Perusahaan, siasatan asal sebenarnya dijalankan bagi menyiasat isu kebocoran maklumat sulit mesyuarat lembaga pengarah yang melibatkan pekerja lain.Namun, ketika siasatan berlangsung, kandungan e-mel seorang pekerja turut diperiksa sebelum membawa kepada penemuan perbualan mengandungi beberapa gelaran disifatkan sebagai kasar seperti 'big boss', 'blur' dan 'teloq' ketika merujuk kepada pegawai kanan syarikat.Pekerja tidak pernah mempunyai rekod prestasi bermasalahSebelum kejadian, tiada aduan rasmi pernah dibuat terhadap pembantu peribadi kepada pengerusi syarikat berkenaan serta prestasi kerja dan pelaksanaan tugasnya juga tidak pernah dipersoalkan.Kemelut hanya bermula apabila pihak syarikat memeriksa beberapa e-mel peribadi antara pekerja tersebut dengan tiga rakan rapatnya di tempat kerja.Bergosip di tempat kerja adalah satu budaya tidak baik. -Gambar hiasan AISiasatan membawa kepada penemuan e-melSyarikat berkenaan pada asalnya menyiasat isu kebocoran maklumat sulit mesyuarat lembaga pengarah yang melibatkan pekerja lain.Namun semasa siasatan dijalankan, nama pekerja tersebut secara tidak sengaja muncul.E-mel antara mereka kemudian diperiksa sebelum perbualan mengandungi kata-kata mengumpat terhadap pihak pengurusan dijumpai.Syarikat mendakwa pekerja menghina pegawai kananPihak syarikat mendakwa pekerja berkenaan menyalahgunakan komputer milik syarikat untuk bersembang serta mengeluarkan bahasa kasar terhadap pegawai kanan.Perbuatan itu dianggap sebagai satu bentuk penghinaan dan cuba menjatuhkan autoriti pihak pengurusan.Namun begitu, nama pegawai yang dimaksudkan tidak dinyatakan secara jelas dalam e-mel tersebut.Pekerja mengakui menghantar e-mel berkenaanPekerja terbabit mengakui istilah 'big boss' yang digunakan merujuk kepada Pengarah Urusan (Managing Director), manakala 'blur' berkemungkinan ditujukan kepada dua pegawai kanan yang lain.Bagaimanapun, dia tidak dapat mengingati individu yang dimaksudkan dengan perkataan 'teloq'.Perbualan disifatkan sekadar luahan sesama rakanMenurut pekerja itu, perbualan berkenaan sekadar 'tea-time gossip' antara empat sahabat untuk melepaskan tekanan kerja dan rasa tidak puas hati.E-mel tersebut tidak dihantar kepada pekerja lain, tidak ditujukan secara langsung kepada pihak pengurusan dan langsung tidak menjejaskan prestasi kerjanya.Keterangan saksi syarikat menjadi perhatian mahkamahSaksi syarikat sendiri mengakui:a) Tiada aduan rasmi terhadap pekerja sebelum surat tunjuk sebab dikeluarkan.b) Tiada masalah dengan prestasi kerjanya.c) Tiada siasatan khusus dijalankan selepas jawapan pekerja diterima.d) Tiada Domestic Inquiry dijalankan.Selain itu, identiti pegawai yang dirujuk dalam e-mel hanya dibuat berdasarkan andaian daripada aliran perbualan.Bergosip atau mengumpat di tempat kerja berpotensi menjejaskan hubungan sesama rakan sekerja dan suasana di pejabat. -Gambar hiasan AIMahkamah membezakan antara penghinaan dan perbualan tertutupMahkamah mengakui perkataan yang digunakan sememangnya kasar dan tidak sepatutnya ditujukan kepada pegawai kanan.Bagaimanapun, pihak mahkamah berpendapat terdapat perbezaan antara menghina pegawai secara berdepan dengan mengumpat secara tertutup sesama rakan.Mahkamah turut mempertimbangkan sama ada hukuman buang kerja adalah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.Mahkamah memutuskan pembuangan kerja tidak mempunyai alasan yang sahMahkamah memutuskan ketiga-tiga pertuduhan terhadap pekerja tersebut gagal dibuktikan, sekali gus menjadikan pembuangan kerja itu diputuskan tanpa alasan atau sebab yang munasabah (without just cause or excuse).Bagaimanapun, bayaran gaji tertunggak (backwages) dipotong sebanyak 40 peratus kerana pekerja tetap didapati bersalah menggunakan e-mel pejabat untuk mengumpat dengan bahasa kasar.Pekerja menerima:a) Backwages selepas potongan: RM47,188.80b) Pampasan ganti reinstatement: RM19,662.00c) Jumlah keseluruhan diterima: RM66,850.80Walaupun pekerja memenangi kes tersebut, mahkamah tetap meletakkan sebahagian kesalahan terhadap tindakannya menggunakan e-mel pejabat untuk mengeluarkan kata-kata tidak wajar.Dalam hantaran dibuat, Khairul menjelaskan perkongsian ini disediakan bagi tujuan maklumat umum dan bukan merupakan nasihat perundangan. Tegasnya, setiap kes bergantung kepada fakta, bukti, kontrak pekerjaan, dasar syarikat serta perjanjian bersama (collective agreement) yang berkuat kuasa.