PERBUATAN tidak bermoral sepasang kekasih yang dirakam di dalam Sistem Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang pada Sabtu mengundang rasa bimbang warga maya.Mana tidaknya, kedua-dua mereka yang dianggarkan baru berusia belasan tahun didakwa 'bermesra' di dalam pengangkutan awam berkenaan di hadapan penumpang lain tanpa rasa malu. Dakwa individu yang memuat naik video aksi pasangan tersebut, remaja lelaki itu juga dipercayai meraba payudara kekasihnya dengan dilindungi satu beg kertas bersaiz besar diletakkan di atas paha mereka.Pada masa sama, remaja perempuan tersebut dilihat menyendeng dan meletakkan tangan kanan di atas paha lelaki berkenaan seolah-olah melindungi perbuatan yang dilakukan.Jelas individu tersebut, kejadian dirakam pada pukul 10.31 malam Sabtu semasa dia dalam perjalanan pulang dari kerja menggunakan MRT."Ini baru jadi masa aku balik kerja, budak lelaki ini meraba payudara kekasih dia depan aku."Aku tegur dengan berdehem tapi budak lelaki itu pandang aku macam mencabar... Aku tak tahu nak buat apa dan tenung tajam sebagai isyarat untuk mereka berhenti buat."Kemudian mereka turun cepat-cepat dekat Kwasa Sentral," ujarnya menceritakan situasi tersebut.Pada masa sama dia turut meluahkan rasa kasihan pada kedua-dua orang tua pasangan terbabit dan menyifatkan ia sebagai ujian mencabar perlu dilalui masa kini."Aku harap mak ayah mereka tabah untuk membesarkan anak-anak yang dah mula buat pilihan sendiri macam ini," tambahnya.Dalam pada itu, terdapat netizen yang menjelaskan kejadian berlaku di dalam MRT menghala Kwasa Damansara.Rata-ratanya turut meluahkan rasa bimbang dan berharap pihak berkuasa dapat mengambil langkah awal bagi mengelakkan kejadian sama berlaku di dalam pengangkutan awam."Lepas ini kalau nampak perkara tak bermoral macam ni, tempik je. Perlu banteras sekeras-kerasnya."Jauhkanlah aku daripada akhlak yang keji, amalan mungkar dan nafsu buruk serta pelbagai penyakit berat," demikian reaksi netizen.