PENEMUAN pendaki wanita, Jaslinda Saludin pada Sabtu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Anwar yang berkongsi mesej ringkas tetapi menyentuh hati di Facebook miliknya meluahkan rasa lega dan bersyukur selepas Jaslinda ditemui dalam keadaan selamat. Anwar turut merakamkan penghargaan kepada para sukarelawan, anggota penyelamat, dan komuniti Orang Asli Lubuk Gaharu, yang mana keprihatinan dan perlindungan mereka memainkan peranan penting dalam misi pencarian Jaslinda.“Alhamdulillah, syukur. Terima kasih sukarelawan dan pasukan penyelamat, serta warga Orang Asli Lubuk Gaharu kerana melindungi saudari Jaslinda," tulisnya.Untuk rekod, Jaslinda dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi Trans Spencer Chapman yang bermula pada pukul 2 pagi, 23 Mei lalu bersama 13 individu lain serta dua malim gunung.Ekspedisi itu melalui laluan Pos Gedung–Gunung Bah Gading–Gunung Batu Putih–Kuala Woh.Jaslinda kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada pukul 7.30 pagi, 24 Mei lalu.