suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nampak kelibat perempuan bertudung tak bermaya ketika memancing, lelaki Orang Asli cerita detik terjumpa Jaslinda - “Dia menangis, minta tolong”

Beberapa individu dipercayai ahli keluarga Jaslinda dilihat tidak mampu menahan sebak sebaik van yang membawa wanita itu tiba di pekarangan Hospital Tapah. -Foto Bernama

RINTIHAN suara meminta tolong membuatkan lelaki Orang Asli, Bah Roslan Bah Sulpok tersentak sebelum mendapati wanita berkenaan adalah pendaki Jaslinda Saludin yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Menceritakan detik itu, Bah Roslan, 51, berkata, Jaslinda ditemui berhampiran sungai di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh, Tapah, pada Sabtu sekitar pukul 5.10 petang.

Kata Bah Roslan, ketika itu dia sedang memancing sebelum terlihat kelibat seorang wanita bertudung sedang berjalan menyeberangi jambatan dalam keadaan tidak bermaya sebelum bergegas ke arahnya. 

“Bila saya pergi dekat, dia terus menangis dan minta tolong. 

"Saya kenal, tahu ada kes orang hilang," ujarnya kepada pemberita. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak tunggu lama... takut” - Jaslinda jatuh banyak kali, kongsi pengalaman getir sepanjang 15 hari tersesat

Bah Roslan berkata dia terus membawa Jaslinda ke kediaman tok batin agar penemuan wanita itu segera dimaklumkan kepada pihak berkuasa. 

Di kediaman tok batin, Jaslinda dijamu hidangan mi segera, nasi, ayam goreng dan ikan tengas serta ubi kayu rebus selepas wanita itu mengadu kelaparan.

Jaslinda kemudian dibawa ke Hospital Tapah dengan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

Beberapa ahli keluarga Jaslinda termasuk suaminya Haszman Othman, 61, dilihat tidak mampu menahan sebak sebaik van yang membawa wanita itu tiba di pekarangan hospital.

Untuk rekod, Jaslinda dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi Trans Spencer Chapman yang bermula pada pukul 2 pagi, 23 Mei lalu bersama 13 individu lain serta dua malim gunung.

Ekspedisi itu melalui laluan Pos Gedung–Gunung Bah Gading–Gunung Batu Putih–Kuala Woh.

Jaslinda kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada pukul 7.30 pagi, 24 Mei lalu.

Artikel Lain