SELEPAS 15 hari dilaporkan hilang, pendaki wanita, Jaslinda Saludin, ditemukan dalam keadaan selamat pada Sabtu.Jaslinda, 49, dilaporkan ditemui di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh, Tapah, Perak. Ketua Polis Perak, Datuk Alwi Zainal Abidin yang mengesahkan perkara tersebut berkata, kenyataan media mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Terdahulu, tular sekeping gambar dipercayai memaparkan Jaslinda berada di sebuah rumah komuniti di kawasan berkenaan sedang menikmati mi segera.Untuk rekod, Jaslinda dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi Trans Spencer Chapman yang bermula pada pukul 2 pagi, 23 Mei lalu bersama 13 individu lain serta dua malim gunung.Ekspedisi itu melalui laluan Pos Gedung–Gunung Bah Gading–Gunung Batu Putih–Kuala Woh.Jaslinda kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada pukul 7.30 pagi, 24 Mei lalu.