suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penemuan beberapa barang di lokasi pencarian bukan milik Jaslinda, pasukan SAR belum jumpa petunjuk baharu

Jaslinda hilang ketika menyertai ekspedisi Trans Spencer Chapman.

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi di Gunung Batu Putih, Tapah, Perak, masih belum menemukan sebarang petunjuk baharu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pasukan SAR menemukan beberapa barangan di lokasi berbeza sepanjang pencarian dijalankan, namun kesemuanya disahkan bukan milik mangsa.

Ujarnya, penemuan dalam operasi itu melibatkan kawasan sungai, lereng bukit serta laluan yang dilalui pasukan penyelamat.

"Hasil pemeriksaan telah dipastikan semua barangan tersebut bukan milik orang hilang," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dengan rendah hati mohon maaf” - Anak Jaslinda titip pesanan menyentuh hati, teguh menanti kepulangan ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 11 hari, operasi SAR Jaslinda diteruskan dalam skala kecil

Tambah Sabarodzi, seramai lima anggota terdiri daripada Jabatan Perhutanan dan Malim Gunung Perhutanan (MGP) masih berada di sektor pencarian bagi meneruskan usaha mencari mangsa.

Dalam masa sama, kumpulan komuniti Orang Asli yang turut membantu pencarian sejak 3 Jun lalu masih berada di sektor operasi, namun belum menemui sebarang petunjuk berkaitan mangsa.

Sabarodzi menambah, dalam operasi yang diteruskan dalam skala kecil ketika ini, pihaknya menerima banyak permohonan daripada sukarelawan yang ingin menyertai SAR.

Bagaimanapun, hanya permohonan yang memenuhi syarat ditetapkan dibenarkan menyertai operasi selepas melalui proses tapisan dan penyelarasan bersama Jabatan Perhutanan.

Untuk rekod, Jaslinda dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi Trans Spencer Chapman yang bermula pada pukul 2 pagi, 23 Mei lalu bersama 13 individu lain serta dua malim gunung.

Ekspedisi itu melalui laluan Pos Gedung–Gunung Bah Gading–Gunung Batu Putih–Kuala Woh.

Jaslinda kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada pukul 7.30 pagi, 24 Mei lalu.

Artikel Lain