suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Individu berniqab curi pakaian jemuran! Tinjau kawasan sekeliling sebelum panjat pagar

Tangkap layar CCTV menunjukkan situasi ketika individu berkenaan ketika memanjat pagar.

AKSI seorang individu berjubah dan berniqab memanjat pagar sebuah rumah teres sebelum melarikan pakaian yang dijemur mengundang perhatian ramai selepas rakaman perbuatannya tular di media sosial.

Kejadian dipercayai berlaku di Taman Cheras Indah, Ampang, Selangor pada Jumaat kini dalam siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya mengesan video tular berhubung kejadian berkenaan kira-kira pukul 5 petang pada hari sama.

Menurut Khairul, polis turut menerima laporan daripada seorang wanita tempatan yang mendakwa pakaian dijemur di luar rumahnya hilang.

Pengadu menyedari kehilangan tersebut sekitar pukul 10 pagi sebelum membuat semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Hasil semakan mendapati seorang individu berpakaian jubah berwarna gelap memanjat pagar dan memasuki halaman rumah sebelum mengambil pakaian yang dijemur.

Siasatan awal mendapati tiada barangan lain dilaporkan hilang selain pakaian berkenaan.

Polis kini sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 serta Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana mencuri serta pencerobohan jenayah.

Rakaman yang tular sejak Jumaat turut memaparkan suspek dipercayai meninjau kawasan sekitar sebelum memanjat pagar dan memasuki rumah berkenaan seorang diri.

Artikel Lain