suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] “Nak tunggu lama... takut” - Jaslinda jatuh banyak kali, kongsi pengalaman getir sepanjang 15 hari tersesat

Jaslinda sempat berkongsi pengalamannya tersesat sewaktu ditemui di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu, dekat Pos Musoh, Tapah.

KELIHATAN sedikit keletihan dengan kaki membengkak, pendaki wanita, Jaslinda Saludin sempat berkongsi pengalaman getir dilalui sepanjang 15 hari tersesat di kawasan Gunung Batu Putih di Tapah, Perak.

Menerusi satu video [Tonton Video] yang tular di laman sosial, Jaslinda, 49, memaklumkan dia meneruskan perjalanan seorang diri selepas rakannya tercedera bagi mendapatkan bantuan.

"Jadi akak gerak dulu naik atas. Lepas itu kamera akak bateri semua dah habis. Jadi akak pun dah sampai atas.

"Akak tunggu kejap. Nak tunggu lama (di puncak), takut malam," katanya menerusi video tersebut.

Jaslinda juga dalam perkongsian itu memberitahu dia jatuh berulang kali sepanjang sesat di gunung berkenaan. 

ARTIKEL BERKAITAN: 15 hari hilang, Jaslinda akhirnya ditemui!

Dalam video tersebut, kelihatan Jaslinda menjamah mi segera sejurus ditemukan dan ditempatkan di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu, dekat Pos Musoh, Tapah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata Jaslinda ditemui kira-kira pukul 3 petang oleh seorang penduduk tempatan, Nazri Bah Eng, di sekitar kampung itu.

Susulan penemuan itu, Nazri menghubungi anak saudaranya di Johor dan meminta agar perkara itu dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Untuk rekod, Jaslinda dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi Trans Spencer Chapman yang bermula pada pukul 2 pagi, 23 Mei lalu bersama 13 individu lain serta dua malim gunung.

Ekspedisi itu melalui laluan Pos Gedung–Gunung Bah Gading–Gunung Batu Putih–Kuala Woh.

Jaslinda kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada pukul 7.30 pagi, 24 Mei lalu.

Artikel Lain