PASTI ramai pernah tertanya-tanya mengapa WiFi di rumah mempunyai dua nama berbeza dengan masing-masing berakhir dengan 2.4GHz dan satu lagi 5GHz sebelum menyambung internet.Biasanya ramai hanya memilih secara rawak tanpa memahami perbezaan di antara kedua-duanya, sedangkan pemilihan 'nama' yang tepat boleh memberi kesan kepada kelajuan internet. Menurut peminat teknologi, Muhd Iqbal, nombor tersebut merujuk kepada frekuensi gelombang radio yang digunakan WiFi untuk menghantar data.Sesetengah router baharu mempunyai fungsi auto untuk memilih jalur terbaik.-Gambar hiasan AI Secara asasnya jelas Muhd Iqbal, kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri iaitu;2.4GHz = gelombang lebih panjang5GHz = gelombang lebih pendekMuhd Iqbal menjelaskan, konsepnya boleh difahami seperti berikut:2.4GHz (gelombang panjang)- Lebih kuat menembusi dinding dan boleh sampai lebih jauh, tetapi kelajuan lebih rendah5GHz (gelombang pendek)- Lebih laju kerana mampu membawa lebih banyak data, tetapi mudah terjejas oleh dinding dan jarakSecara ringkasnya menurut Muhd Iqbal ia diibarat jauh tapi perlahan dengan laju tapi jarak dekat.Cara pilih WiFi yang betul- Dekat dengan router (ruang tamu / bilik sebelah) → guna 5GHz untuk kelajuan maksimum- Jarak jauh / banyak dinding (bilik, tingkat atas) → guna 2.4GHz untuk kestabilan- Gaming & streaming 4K → 5GHz lebih sesuai jika signal kuat- Penggunaan ringan (WhatsApp, media sosial) → 2.4GHz sudah mencukupiPengguna juga disarankan untuk menguji sendiri prestasi WiFi di lokasi berbeza menggunakan laman seperti fast.com bagi mengetahui jalur mana yang lebih stabil di kawasan masing-masing.Menurutnya, sesetengah router baharu mempunyai fungsi auto atau band steering yang akan memilih jalur terbaik secara automatik.Namun begitu, dalam sesetengah keadaan, pemilihan manual masih lebih baik kerana pengguna lebih memahami keadaan rumah dan gangguan sekeliling.Jika WiFi di rumah terasa perlahan di sesetengah sudut, ia bukan semestinya masalah internet semata-mata.Sebaliknya, ia mungkin berpunca daripada penggunaan jalur GHz yang tidak sesuai dengan lokasi dan keadaan rumah.