Pemandu e-hailing sentiasa mengharapkan penumpang gembira menggunakan perkhidmatan mereka. -Gambar hiasan AI
SEBAGAI pemandu e-hailing baharu, pasti anda mahu mengelak daripada melakukan kesilapan kecil yang boleh menjejaskan pengalaman penumpang sekali gus mengundang risiko mendapat rating rendah.Seorang lelaki yang juga pemandu e-hailing berkongsi beberapa panduan asas yang wajar diberi perhatian oleh mereka yang baru menceburi bidang berkenaan bagi memastikan perjalanan kerja harian lebih lancar dan selesa. Menurutnya, ramai pemandu baharu sering terlepas pandang perkara-perkara kecil yang sebenarnya mampu membantu mengelakkan pelbagai masalah ketika berada di jalan raya.Pemandu digalak mengisi petrol sebelum memulakan perkhidmatan. -Gambar hiasan AI1. Sediakan duit kecil secukupnyaPemandu disarankan membawa wang kecil seperti not RM1, RM5 serta sedikit syiling sebagai persediaan sekiranya penumpang membuat pembayaran secara tunai.Bagaimanapun, jika tambang melibatkan jumlah kecil dan penumpang hanya mempunyai wang kertas bernilai besar, mereka boleh digalakkan menggunakan pembayaran secara kod QR bagi memudahkan urusan.2. Pastikan pelbagai kaedah pembayaran tersediaSelain wang tunai, pemandu juga digalakkan menyediakan beberapa pilihan pembayaran digital seperti QR bank dan e-dompet bagi memudahkan transaksi dengan penumpang.Menurutnya, langkah itu bukan sahaja mempercepatkan proses pembayaran malah mengurangkan risiko masalah berkaitan baki wang.3. Isi minyak dan urus keperluan diri sebelum mula menerima tempahanSebelum memulakan tugas, pemandu dinasihatkan memastikan kenderaan mempunyai bahan api yang mencukupi serta menyelesaikan urusan peribadi seperti ke tandas.Katanya, persediaan awal dapat mengelakkan gangguan ketika menerima tempahan dan membantu pemandu memberi perkhidmatan yang lebih baik.4. Bawa bekalan makanan dan minumanPemandu turut disarankan membawa air mineral dan makanan ringan sebagai bekalan sepanjang bekerja.Ini kerana terdapat situasi tertentu, terutama ketika menerima perjalanan jauh, yang menyukarkan mereka untuk berhenti mencari makanan atau minuman.5. Utamakan keselamatan dan kesihatanMenurutnya, pemandu tidak seharusnya memaksa diri untuk terus bekerja jika berasa terlalu letih atau mengantuk.Dia menegaskan bahawa keselamatan diri dan penumpang perlu menjadi keutamaan berbanding mengejar jumlah perjalanan atau pendapatan harian."Rezeki boleh dicari, tetapi keselamatan diri dan penumpang tidak boleh dikompromi," katanya.