suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai kena ‘sembelih’ dekat pusat servis... Penasihat jualan kenderaan baik hati dedah punca sebenar bil melambung tinggi!

Pelanggan perlu mengetahui perbezaan antara servis wajib dan cadangan penyelenggaraan tambahan. -Gambar hiasan AI

PEMILIK kenderaan, khususnya mereka yang baru pertama kali memiliki kereta, dinasihatkan supaya lebih teliti ketika menghantar kenderaan ke pusat servis (SC) bagi mengelakkan dikenakan caj yang tidak diperlukan.

Penasihat jualan kenderaan, Abu Bakar Mohd Aris berkata, ramai pelanggan terutamanya golongan yang kurang arif mengenai penyelenggaraan kereta sering terkejut apabila menerima bil servis yang mencecah ribuan ringgit.

Menurutnya, antara perkara pertama yang perlu diberi perhatian ialah pakej berkaitan 'flush' yang sering dicadangkan oleh pusat servis.

"Ramai tak sedar apabila melihat sebut harga. Ada engine flush, brake flush atau radiator flush yang dimasukkan walaupun kereta baru mencapai sekitar 20,000 kilometer.

"Kalau kau nampak ada perkataan flushing ni, terus cakap no thanks sebab tu la yang buat bil kau melambung sampai empat angka," kongsinya di Threads.

Kebanyakkan kedai tayar menawarkan harga yang lebih kompetitif berbanding pusat servis rasmi. -Gambar hiasan AI

Kebanyakan kedai tayar menawarkan harga yang lebih kompetitif berbanding pusat servis rasmi. -Gambar hiasan AI

Beliau turut mendedahkan bahawa bahan tambahan atau additives dalam botol kecil juga antara item yang kerap menyebabkan kos servis meningkat.

Menurutnya, produk seperti fuel treatment dan oil treatment biasanya bersifat pilihan dan bukannya keperluan wajib.

"Kadang-kadang pelanggan tak perasan pun benda itu dimasukkan dalam bil. Harga boleh mencecah antara RM80 hingga RM150 hanya untuk satu botol kecil," ujarnya.

Selain itu, Abu Bakar berkata, caj bagi pengisian cecair pencuci cermin (windscreen washer) dan air bateri juga sering dianggap remeh oleh pemilik kenderaan.

Walaupun nilainya mungkin sekitar RM10 hingga RM20, beliau menjelaskan bahawa kos kecil seperti itu boleh terkumpul dan menyebabkan jumlah keseluruhan bil meningkat tanpa disedari.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pengguna supaya memahami perbezaan antara pakej servis berkala dan penyelenggaraan tambahan yang dicadangkan oleh pihak pusat servis.

"Kadang-kadang pelanggan diminta menukar penapis penghawa dingin atau komponen tertentu lebih awal daripada jadual sebenar.

"Jika tidak pasti, semak semula buku servis atau minta penjelasan lanjut sebelum bersetuju," katanya.

Menurut beliau, satu lagi kos tersembunyi yang sering terlepas pandang ialah caj upah atau labour charge.

Ada pusat servis yang memecahkan caj upah mengikut setiap kerja yang dilakukan seperti penukaran minyak enjin, penapis minyak dan pemeriksaan brek secara berasingan.

"Apabila dicampurkan semuanya, jumlah upah boleh menjadi sangat tinggi walaupun kerja yang dilakukan sebenarnya agak mudah," jelasnya.

Beliau turut menyentuh mengenai servis penjajaran dan imbangan tayar (alignment dan balancing) yang sering dicadangkan setiap kali penyelenggaraan dilakukan.

Menurutnya, servis tersebut tidak semestinya diperlukan jika kenderaan tidak menunjukkan tanda seperti stereng senget, tayar haus tidak sekata atau gegaran ketika dipandu.

"Banyak kedai tayar luar menawarkan harga yang lebih kompetitif berbanding pusat servis rasmi," katanya.

Tip elak bil servis melambung

- Semak setiap item dalam sebut harga sebelum menandatangani kelulusan servis.

- Tanya sama ada servis seperti flush dan additives benar-benar diperlukan mengikut jadual penyelenggaraan.

- Fahami perbezaan antara servis wajib dan cadangan tambahan.

- Minta penjelasan terperinci mengenai caj upah.

- Elakkan membuat alignment dan balancing jika tiada simptom masalah pada tayar atau stereng.

- Simpan dan rujuk buku servis kenderaan sebelum membuat keputusan.

- Minta semula alat ganti lama yang telah ditukar sebagai bukti kerja dilakukan.

- Bandingkan harga dan perkhidmatan dengan bengkel atau kedai tayar yang dipercayai.

Artikel Lain