Orang ramai disaran mendapatkan kepastian dengan pemilik premis yang menyediakan WiFi percuma. -Gambar hiasan AI
TABIAT menyambung WiFi percuma di tempat awam seperti kafe dan pusat beli-belah boleh membuka ruang kepada jenayah siber yang lebih berbahaya.Berdasarkan perkongsian di media sosial, wujud satu taktik licik dikenali sebagai WiFi Honeypots iaitu perangkap WiFi percuma yang digunakan penggodam untuk mencuri data pengguna. Modus operandi penjenayah ini cukup mudah tetapi berkesan, di mana mereka hanya perlu berada di kawasan tumpuan ramai dan membina satu rangkaian WiFi terbuka tanpa kata laluan.Golongan belia antara yang gemar menggunaka WiFi percuma. -Gambar hiasan AILebih bahaya, rangkaian itu akan dinamakan dengan nama yang kelihatan sah dan dipercayai.Disebabkan ia kelihatan rasmi dan percuma, ramai pengguna tanpa ragu-ragu terus menekan butang sambung.Selepas peranti berjaya disambungkan, semua trafik internet pengguna boleh melalui peranti milik penggodam terlebih dahulu melalui teknik dikenali sebagai Man-in-the-Middle attack.Ketika itu, penjenayah berpotensi:- Mengintip laman web yang dilayari- Mencuri nama pengguna dan kata laluan media sosial- Memintas data sensitif termasuk maklumat perbankan internetSemua ini boleh berlaku tanpa disedari oleh mangsa.Orang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan WiFi awam. Antara langkah pencegahan yang disarankan:1. Matikan auto-connect Wi-FiElakkan telefon daripada bersambung secara automatik ke rangkaian terbuka.2. Sahkan nama Wi-Fi rasmiTanya pekerja premis terlebih dahulu sebelum sambung ke mana-mana Wi-Fi percuma3. Guna VPNVirtual Private Network (VPN) boleh membantu menyulitkan data daripada dipintas pihak tidak bertanggungjawab.4. Elak transaksi bank di WiFi awamJangan sekali-kali log masuk akaun perbankan atau aplikasi sensitif ketika menggunakan WiFi percuma, sebaliknya gunakan data mudah alih (4G/5G) yang lebih selamat.