suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lain macam ‘vibe’ kedai baharu MAX di IOI City Mall, bawa pengalaman fesyen premium dan moden

MAX memberi penekanan terhadap keselesaan pelanggan ketika membeli-belah.

JENAMA fesyen terkemuka MAX terus mengorak langkah apabila melancarkan concept store terbaharu di IOI City Mall, Putrajaya sekali gus menandakan fasa baharu dalam evolusi pengalaman beli-belah fesyen di Malaysia.

Pembukaan ini bukan sekadar pengenalan lokasi runcit baharu sebaliknya mencerminkan transformasi jenama ke arah identiti lebih moden, bergaya dan berinspirasi.

Dengan konsep ruang diperbaharui, pelanggan kini bakal merasai pengalaman beli-belah lebih selesa, tersusun dan premium selari dengan komitmen MAX dalam menggabungkan nilai, gaya serta kualiti dalam satu destinasi fesyen.

Setiap sudut kedai disusun secara teliti demi keselesaan pelanggan.

Setiap sudut kedai disusun secara teliti demi keselesaan pelanggan.

Direka khusus untuk memberi inspirasi kepada pengunjung, concept store baharu ini menampilkan koleksi fesyen lengkap untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak dalam suasana ruang lebih kontemporari dan segar.

Setiap sudut kedai disusun secara teliti bagi memudahkan pelanggan meneroka koleksi terkini serta trend fesyen semasa dengan lebih mudah, intuitif dan menyeronokkan.

Selain penampilan visual lebih moden, MAX turut memberi penekanan terhadap keselesaan pelanggan melalui ruang persalinan yang dipertingkatkan, susun atur produk lebih kemas serta aliran pembelian lebih lancar.

Pendekatan ini mencerminkan usaha berterusan jenama tersebut dalam memenuhi keperluan pengguna moden yang mengutamakan gaya hidup praktikal tanpa mengabaikan elemen fesyen.

Koleksi fesyen lengkap untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Koleksi fesyen lengkap untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Terletak di salah satu pusat beli-belah paling ikonik di Lembah Klang, pembukaan concept store ini turut menjadi simbol komitmen MAX terhadap inovasi dan transformasi jenama.

Dengan gabungan reka bentuk minimalis, koleksi fesyen terkini serta pengalaman pelanggan yang lebih dipertingkatkan, MAX terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan utama bagi mereka yang mencari fesyen bergaya pada harga berpatutan.

Orang ramai kini dijemput untuk mengunjungi MAX Concept Store di IOI City Mall, Putrajaya dan merasai sendiri pengalaman membeli-belah lebih moden, segar dan penuh inspirasi.

Artikel Lain