suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rupanya ramai buat silap pakai tali helmet longgar... Ini lima kesilapan boleh mengundang maut atas jalan raya!

Pemakaian topi keledar dengan selamat dapat menyelamatkan nyawa. -Gambar hiasan AI

PEMAKAIAN topi keledar bukan sekadar mematuhi undang-undang, sebaliknya menjadi antara faktor utama yang mampu menyelamatkan nyawa penunggang mahupun pembonceng motosikal ketika berlaku kemalangan.

Namun, menurut seorang individu dikenali sebagai Muhammad Azmi Jamaludin, masih ramai pengguna tidak menggunakannya dengan cara yang betul sehingga mengurangkan fungsi perlindungannya.

Katanya, berdasarkan sumber Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) secara purata 13 penunggang motosikal maut setiap hari di negara ini, dengan kecederaan kepala menjadi antara punca utama kematian.

"Adakah ini bermaksud menunggang motosikal pasti berbahaya? Tidak. Adakah memakai topi keledar terus menjadikan seseorang kebal? Pun tidak.

"Realitinya, fungsi topi keledar hanya satu iaitu menyerap hentakan supaya tengkorak dan otak terlindung ketika berlaku kemalangan," katanya menerusi perkongsian di Threads.

Secara purata 13 penunggang motosikal maut setiap hari. -Gambar hiasan AI

Secara purata 13 penunggang motosikal maut setiap hari. -Gambar hiasan AI

Menurut beliau, terdapat beberapa kesilapan lazim yang sering dilakukan penunggang sehingga menyebabkan topi keledar gagal berfungsi dengan berkesan.

Antaranya ialah tali dagu yang dipakai terlalu longgar serta penggunaan topi keledar yang bersaiz terlalu besar sehingga mudah bergoyang ketika dipakai.

"Apabila berlaku kemalangan, ada situasi topi keledar tercampak terlebih dahulu sebelum kepala menghentam jalan. Kalau jadi macam itu, helmet mahal sekalipun tidak banyak membantu," jelasnya.

Cara pastikan topi keledar dipakai dengan betul:

1. Pastikan mempunyai kelulusan Sirim

- Pengguna disaran memilih topi keledar yang mempunyai pensijilan Sirim dan bukannya sekadar mementingkan reka bentuk atau penampilan.

2. Lakukan ujian goyang kepala

- Topi keledar yang sesuai sepatutnya bergerak serentak dengan kepala apabila digelengkan.

- Jika hanya topi keledar yang bergerak atau berpusing, ia menandakan saiz yang dipilih tidak sesuai.

3. Ketatkan tali dagu dengan sempurna

- Ruang antara tali dagu dan dagu pemakai sebaiknya hanya cukup untuk memuatkan dua jari.

- Tali yang terlalu longgar boleh menyebabkan helmet tercabut ketika berlaku hentaman.

4. Pastikan visor sentiasa jelas

- Visor yang sudah tercalar atau kabur perlu diganti bagi memastikan penglihatan tidak terjejas ketika menunggang.

5. Tukar topi keledar yang pernah terlibat dalam kemalangan

- Walaupun bahagian luar masih kelihatan elok, struktur dalaman yang berfungsi menyerap hentakan mungkin sudah rosak dan tidak lagi mampu memberikan perlindungan optimum.

Dalam pada itu, Muhammad Azmi mengingatkan orang ramai supaya tidak memandang remeh aspek pemakaian topi keledar yang betul.

"Tidak perlu rasa bersalah jika selama ini tali topi keledar selalu longgar. Yang penting kita ubah tabiat itu mulai hari ini.

"Kita ketatkan tali topi keledar bukan kerana takut disaman pihak berkuasa, tetapi kerana kita tahu nilai nyawa kita sendiri," katanya.

Artikel Lain