JOHOR menjadi negeri pembuka tirai kepada suasana awal demam pilihan raya, dan selepas ini dijangka perang bendera, poster serta pelbagai bahan kempen akan mula memenuhi ruang politik negara.Namun di sebalik kemeriahan itu, seorang pemuda tampil memberikan peringatan penting khusus buat mereka yang terlibat dalam kerja-kerja sokongan kempen seperti pencetakan, baju, topi, payung, khemah dan pelbagai keperluan logistik. Menurutnya, peluang besar dalam musim pilihan raya sering datang bersama risiko tinggi jika tidak berhati-hati dalam urusan perniagaan.Antara pesanan tegas yang dikongsikan ialah:1. Wajib minta deposit- Jangan sesekali mulakan kerja tanpa bayaran pendahuluan, walau atas alasan urgent.2. Jangan terlalu nampak terdesak - Elakkan menerima kerja semata-mata kerana takut kehilangan pelanggan walaupun tiada deposit.3. Elakkan janji manis 'buat dulu, duit esok masuk'- Menurutnya, prinsip yang selamat ialah duit masuk dulu, baru kerja bergerak.4. Jangan mudah percaya janji 'deliver dulu, balance kemudian'- Ia mendatangan risiko bayaran tertangguh sangat tinggi.5. Barang hanya keluar selepas bayaran penuh diterima- Tegasnya, ini langkah paling selamat bagi mengelak ditipu.6. Jangan bagi harga kawan-kawan- Musim pilihan raya bukan masa untuk bersedekah harga, letak kadar yang realistik.7. Elakkan berhutang dengan pembekal - Ia bagi mengelakkan rantaian masalah jika bayaran tidak dibuat oleh pelanggan.8. Berhati-hati dengan bayaran berperingkat - Jika terlalu banyak fasa pembayaran, risiko tinggi duit ‘ghaib’ di tengah jalan.9. Calon kalah, pembayaran pun boleh ‘kalah’- Risiko tidak dibayar selepas keputusan pilihan raya.10. Tolak alasan 'urgent' jika tiada bayaran- Prinsip dalam jual beli jelas, hanya selepas duit masuk baru barang keluar.