suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak perlu kongsi nombor telefon lagi... WhatsApp perkenal sistem ‘username’

WhatsApp menambah ciri baharu pada aplikasi itu bermula Selasa. -Gambar hiasan AI

APLIKASI WhatsApp kini memperkenalkan satu ciri baharu membolehkan pengguna memilih nama pengguna (username), sekali gus mengubah kaedah pengenalan akaun yang sebelum ini hanya bergantung kepada nombor telefon.

Menerusi kemas kini terbaharu, pengguna seluruh dunia mula diberikan akses awal untuk menempah nama pengguna unik masing-masing melalui tetapan aplikasi.

Ciri berkenaan boleh diakses menerusi Settings > Account > Username, di mana pengguna boleh memilih nama diinginkan sebelum ia digunakan secara rasmi pada masa akan datang.

Difahamkan, WhatsApp yang mempunyai lebih 3 bilion pengguna kini dalam proses peralihan berperingkat bagi memastikan sistem baharu ini dapat diperkenalkan secara global dalam beberapa bulan akan datang.

Menariknya, sistem baharu ini juga dilihat lebih teratur kerana pengguna Meta yang mempunyai akaun Instagram atau Facebook akan diberi keutamaan untuk menggunakan nama pengguna sama bagi memudahkan integrasi identiti digital.

Sekiranya nama tersebut telah digunakan, pengguna perlu memilih variasi lain yang masih belum diambil oleh orang lain.

Ciri ini juga memberi lebih kawalan privasi kepada pengguna apabila ia membolehkan mereka menentukan siapa yang boleh berhubung melalui nama pengguna, termasuk pilihan untuk hanya membenarkan individu tertentu sahaja menghantar mesej menggunakan kod atau kekunci khas.

Walaupun begitu, penggunaan nama pengguna ini masih bersifat pilihan, dan pengguna boleh memilih untuk terus menggunakan nombor telefon seperti biasa.

Seiring pengenalan ciri baharu ini, berikut beberapa panduan dan tip yang boleh dimanfaatkan pengguna:

1. Tempah nama pengguna awal

- Elakkan nama pilihan anda diambil orang lain kerana sistem dilakukan secara berperingkat.

2. Pilih nama yang mudah diingati

- Gunakan kombinasi ringkas agar mudah dicari dan dikenali.

3. Samakan dengan akaun media sosial lain

- Jika boleh, gunakan nama yang sama seperti Instagram atau Facebook untuk konsistensi identiti.

4. Utamakan privasi

- Tetapkan siapa yang boleh menghubungi anda melalui username untuk elak gangguan.

5. Semak ketersediaan nama

- Jika nama sudah digunakan, cuba variasi lain yang masih relevan.

6. Fahami fungsi sebelum guna

- Walaupun menarik, ciri ini masih dalam fasa pengenalan berperingkat.

Dengan perubahan ini, WhatsApp dilihat semakin bergerak ke arah platform komunikasi yang lebih fleksibel, moden dan berfokuskan privasi pengguna.

Artikel Lain