suria

Anak tunggal tamat sekolah rendah, Inul Daratista harap panjang umur dapat tengok hari nikah!

Inul harap dipanjangkan umur supaya dapat melihat anak membesar.

PENYANYI dangdut terkenal Indonesia, Inul Daratista meluahkan rasa syukur apabila anak tunggalnya iaitu Yusuf Ivander Damares lulus dalam pengajian peringkat sekolah dasar atau sekolah rendah.

Inul, 42, berkata dia tidak menyangka anak lelakinya yang kini berusia 12 tahun sudah menginjak usia remaja.

Dalam masa sama, dia turut memohon doa supaya tuhan memanjangkan usianya agar dia dapat melihat Yusuf Ivander atau lebih mesra disapa Ivan membesar.

ARTIKEL BERKAITAN: Inul Daratista terima nafkah RM300 sebulan dari suami - “Aku tidak perlu kemewahan, mati tak bawa apa-apa”

"Tak terasa cintaku sudah memasuki SMP... waktu cepat berlalu, teruslah menjadi kesayangan mama yang berprestasi dan membanggakan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ya Allah, semoga kami diberikan sihat, panjang umur sebagai orang tua agar boleh menemani putera kami tercinta di sekolah menengah, kuliah di universiti dan bernikah... mama sayang Ivan," katanya.

Penyanyi lagu Goyang Inul itu berkongsi luahan hatinya menerusi Instagram pada Selasa.



Inul bangga pencapaian anaknya yang baru tamat sekolah rendah.

Rata-ratanya meninggalkan komen positif dan mendoakan supaya penyanyi ini dipanjangkan umur serta berpeluang melihat anak membesar sehingga dewasa.

Malah ada yang sempat mengusik Ivan bakal menjadi jejaka rebutan ramai gadis satu hari nanti.

Inul berkahwin dengan Adam Suseno pada tahun 1995.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain