suria

Park Seo Joon bakal bergandingan dengan Brie Larson bintangi filem terbaharu Marvel Studios

Park Seo Joon bakal melebarkan kerjayanya di Hollywood.

PELAKON terkenal, Park Seo Joon melebarkan sayapnya ke Hollywood apabila terpilih membintangi filem superhero terbaharu terbitan Marvel Studios.

Khabar itu didedahkan seorang individu berpengaruh dalam industri hiburan Korea Selatan yang mana dia mengesahkan Seo Joon, 33, bakal terlibat dalam filem The Marvels, sequel kepada Captain Marvel.

Seo Joon dikhabarkan akan berlepas ke Amerika Syarikat dalam jangka masa terdekat sebaik sahaja dia selesai menjalani penggambaran drama terbaharu, Concrete Utopia.

Walaupun agensi pengurusan Seo Joon enggan memberikan sebarang komen lanjut berhubung perkhabaran tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

The Marvels bakal diarahkan oleh Nia DaCosta itu turut akan dibintangi pelakon popular Hollywood seperti Brie Larson, Teyonah Parris dan Iman Vellani.

Jika benar perkhabaran tersebut, ini menjadikan Seo Joon sebagai pelakon ketiga dari Korea Selatan yang membintangi filem terbitan Marvel Studios.

Sebelum ini dua pelakon mereka iaitu, Claudia Kim muncul dalam filem Avengers: Age of Ultron dan Ma Dong Seok menerusi Eternals.

The Marvels dijangka tayangannya di Amerika pada 11 November 2022. - Soompi

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain