suria

Ambil dadah kerana tertekan dengan dunia hiburan, Ilhoon BTOB buat rayuan ringan hukuman

Ilhoon tarik diri daripada kumpulan BTOB pada Disember lalu selepas terlibat kes dadah.

BEKAS ahli kumpulan BTOB, Ilhoon akan membuat rayuan bagi meringankan hukuman penjara dua tahun yang diterimanya.

Minggu lalu, Ilhoon atau nama sebenarnya, Jung Il-hoon, 27, dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan diarah membayar denda sebanyak 133 juta won (RM491,484) selepas mengaku bersalah atas dakwaan penyalahgunaan dadah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas anggota kumpulan BTOB, Ilhoon dipenjara 2 tahun kerana dadah

Dalam pertuduhannya, Ilhoon didakwa telah menggunakan dadah jenis marijuana sebanyak 161 kali dari tahun 2016 hingga 2019.

Ilhoon menerusi kenyataan pembelaannya berkata kerjanya yang sentiasa berada dalam keadaan tekanan tinggi telah menyebabkan dia mengambil bahan terlarang demi melepaskan tekanan tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya sangat tertekan sejak menyertai bidang hiburan sejak dari usia muda lagi dan saya akui telah melepaskan tekanan itu dengan menggunakan cara yang salah," katanya.

Sementara itu, peguam Ilhoon berkata, anak guamnya sangat menyesali di atas perbuatan tersebut dan akan mengemukakan rayuan bagi pihak Ilhoon. - Allkpop

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain