suria

Bekas anggota kumpulan BTOB, Ilhoon dipenjara 2 tahun kerana dadah

Ilhoon mengaku bersalah atas dakwaan penyalahgunaan bahan terlarang.

BEKAS ahli kumpulan BTOB, Ilhoon dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun dan denda sebanyak 133 juta won (RM491,484) selepas mengaku bersalah atas dakwaan penyalahgunaan dadah.

April lalu, Ilhoon atau nama sebenarnya, Jung Il-hoon, 27, telah didakwa di Mahkamah Daerah Seoul Tengah, Korea Selatan di atas kesalahan membeli dan menyalahguna dadah jenis marijuana antara tahun 2016 hingga 2019.

Pihak pendakwa raya pada mulanya memohon kepada mahkamah agar hukuman penjara empat tahun dijatuhkan terhadap tertuduh namun pihak penghakiman kemudiannya tampil dengan keputusan penjara untuk tempoh dua tahun sahaja.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut hakim, Ilhoon tidak terlibat dengan jenayah yang lebih besar seperti menjual dan mengedar dadah.

"Ini juga merupakan kesalahan pertama selain dia sudah menyesali di atas perbuatannya dengan sepenuh hati.

"Itu juga antara perkara yang kami ambil kira sebelum mencapai keputusan akhir untuk kesalahan jenayah yang dilakukan Ilhoon," kata hakim. - Allkpop

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain