suria

Isyana Sarasvati teringin berlakon filem tapi bukan genre komedi

Isyana teringin berlakon dalam filem genre bukan komedi.

PERNAH terlibat dalam teater, penyanyi Isyana Sarasvati meluahkan hasratnya untuk melebarkan lagi sayapnya dalam dunia lakonan.

Memetik laporan Liputan6, Isyana memberitahu keinginan tersebut mula timbul semenjak membintang filem Milly & Mamet: Ini Bukan Cinta & Rangga (2018) arahan pengarah Ernest Prakasa.

Bagaimanapun, penyanyi yang popular menerusi lagu Tetap Dalam Jiwa ini masih belum kesempatan untuk membintangi filem yang menarik perhatiannya.

"Saya ada terfikir untuk mendalami lagi dunia lakonan. Sebelum ini, saya pernah terlibat dalam teater dan bagi saya teater dan belajar pelbagai jenis lantunan suara.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Jadi, saya teringin juga nak berlakon filem. Selepas ditawarkan untuk memegang watak dalam filem arahan Ernest, saya rasa seronok pula berlakon.

"Tapi saya teringin nak cuba untuk filem bukan komedi pula selepas ini," katanya.

Untuk rekod, Isyana juga pernah membuat kemunculan sebagai watak 'cemeo' dalam filem Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (2019),

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain