suria

Agensi paten perkataan ‘Borahae’, enggan pihak salah guna frasa dicipta BTS

BTS baharu sahaja melancarkan single terbaharu berjudul Butter pada 21 Mei lalu.

SYARIKAT pengurusan kumpulan Kpop popular BTS, HYBE Corporation akhirnya akan mematenkan frasa terkenal kumpulan tersebut iaitu Borahae atau 'I purple you'.

HYBE dilaporkan telah menghantar permohonan tersebut kepada Jabatan Harta Intelektual Korea pada Jumaat lalu.

Borahae merupakan perkataan baharu yang dicipta oleh ahli kumpulan BTS, V atau nama sebenarnya, Kim Tae Hyung, 26, pada tahun 2016.

Frasa itu kemudian menjadi popular kepada peminat setia mereka yang digelar Army yang mana ia membawa maksud, 'Mari kita saling percaya dan berkasih sayang antara satu sama lain sehingga ke akhirnya seperti mana simbolik warna ungu yang merupakan warna terakhir dalam rangkaian pelangi'.

Sejak diperkenalkan V, ia turut digunakan oleh syarikat pengurusan tersebut untuk tujuan pemasaran yang berkaitan dengan karya seni kumpulan tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

HYBE bertindak untuk mematenkan frasa tersebut selepas sebuah syarikat pengilat kuku, Lalalees menggunakan perkataan tersebut untuk mempromosikan produk keluaran mereka pada September tahun lalu.

Peminat telah membuat petisyen menuntut syarikat kecantikan itu untuk menarik balik penggunaan Borahae dalam pengiklanan mereka.

Pada 31 Mei lalu, Lalaless telah memohon maaf di atas penggunaan frasa tersebut dan menggugurkan permintaan untuk mematenkan nama berkenaan untuk salah satu produk mereka.

Sejak insiden itu, peminat merasakan HYBE perlu melindungi hak artis naungan mereka dan perlu segera mematenkan frasa tersebut agar ia tidak disalahgunakan.

"Kami sedar ada cubaan untuk menggunakan frasa yang berkaitan dengan artis naungan Hybe. Syarikat kami akan melakukan yang terbaik agar tiada mana-mana syarikat boleh menyalahgunakan mana-mana perkataan yang melibatkan artis kami," kata wakil syarikat HYBE.

Selain V, BTS yang ditubuhkan pada tahun 2013 turut dianggotai RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin dan Jungkook. - Allkpop

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

BTS, Borahae, Kpop, HYBE, V BTS

Artikel Lain