suria

Atta Halilintar bengang ada pihak berniat jahat, tuduh keluarga yang kini menetap di Malaysia langgar SOP!

Atta nafi keluarga di Malaysia langgar SOP.

KELUARGA Atta Halilintar dikenali sebagai Gen Halilintar menjadi perbualan hangat netizen di Indonesia apabila dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang berada di Malaysia.

Menurut laporan Hot Detik, tindakan keluarga Atta itu mengundang rasa kurang senang segelintir pihak, tambahan pula negara ini sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Menafikan dakwaan tersebut, Atta berkata berita yang disebarkan oleh seorang pengguna Facebook itu palsu dan hanyalah gosip semata-mata.

Katanya lagi, individu dikenali sebagai Karinda Warsito yang memuat naik mengenai perkara itu juga sudah membuat permohonan maaf.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"(Langgar SOP) itu cuma gosip sahaja. Biasalah orang buat cerita, orang itu pun dah minta maaf.

"Keluarga saya tak dihalau pun, malah mereka dengan masyarakat setempat. Kita kalau tinggal di sesuatu tempat yang penting adalah keselamatan dan keamanan. Jadi keluarga saya pun patuh dengan apa sahaja peraturan di sana (Malaysia)," katanya.

Sebelum itu, Karinda Warsito yang mendakwa dirinya warganegara Malaysia menulis status keluarga Halilintar telah melanggar SOP sepanjang menetap di negara ini.

"Di Malaysia ramai yang mula muak dengan kelakuan mertua dan adik-adik ipar Loli (Aurel Hermansyah). Sampai ada buat petisyen menyuruh mereka disekat masuk Malaysia," tulis pemilik akaun gosip itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain