suria

Ashanty diminta cabut alat pencegahan kehamilan, ‘seram’ jika tiba-tiba hamil lagi!

Doktor menyarankan Ashanty menanggalkan alat pencegah kehamilan pada rahimnya.

PENYANYI Ashanty dinasihatkan supaya mencabut alat mencegah kehamilan pada rahimnya.

Menurut doktor yang merawat isteri kepada Anang Hermansyah itu, pemakaian alat berkenaan dikhuatiri menjadi punca kepada masalah ketidakstabilan hormon yang dialaminya kini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir sedekad hidup bersama... Ashanty dedah perangai Anang Hermansyah yang kurang disukai

"Hormon saya tidak stabil... ada imbalance hormon, kenapa? Ia disebabkan alat pencegahan kehamilan tidak sesuai hingga," ujar Ashanty.

Perkara itu dikongsikannya menerusi video terbaharu saluran YouTube The Hermansyah A6.



Ashanty dan Anang ketika bercuti ke Turki.

Bagaimanapun Ashanty berkata dia berdepan dilema sekiranya dia mencabut alat pencegah kehamilan berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Alat pencegah kehamilan itu paling penting. Saya sudah tidak ada keinginan untuk hamil lagi.

"saya tidak mahu tambah anak, hanya ingin cucu yang bertambah," kata Ashanty.

Sebelum ini Ashanty menjalani pemeriksaan Autoimun di Turki dan menemui ketulan batu pada ginjalnya.

Ashanty berkata dia akan membuat pemeriksaan lanjut berhubung penyakitnya itu selepas enam bulan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ashanty, Stress, Hormon tak stabil

Artikel Berkaitan

Artikel Lain