suria

Liam Payne dan Maya Henry putus tunang... terpaksa ikut ‘direction’ berbeza

Liam Payne berkongsi berita sedih apabila ikatan pertunangannya dengan Maya Henry hanya mampu bertahan selama 10 bulan.

ANGGOTA kumpulan One Direction iaitu Liam Payne mengumumkan pertunangannya dengan model Maya Henry sudah berakhir.

Menurut Liam, 27, keputusan untuk berpisah dengan Maya, 20, terpaksa dibuat selepas 10 bulan mengikat pertunangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun spekulasi bercinta, akhirnya Liam Payne, Maya Henry sah bertunang!

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya rasa sudah bersikap berlebihan, saya juga kecewa pada diri sendiri kerana terus menyakitkan hati orang," ujarnya.

Bagaimanapun menurut Liam ia adalah keputusan yang terbaik buat untuk mereka berdua.

Terdahulu Liam Payne dan Maya Henry mengumumkan bertunang pada 28 Ogos 2020. - E News

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain