suria

Gara-gara pecut 131km/j, ‘Phua Chu Kang’ dilarang memandu selama 3 bulan, didenda lebih RM2,000

Gurmit Singh terkenal menerusi wataknya dalam Phua Chu Kang.

PELAKON dan pelawak terkenal Singapura, Gurmit Singh didenda sebanyak S$800 (RM2, 491) dan dilarang memandu selama tiga bulan selepas didapati bersalah memandu melebihi had laju.

Memetik Channel News Asia, Gurmit yang terkenal dengan watak komedi Phua Chua Kang mengaku bersalah di bawah kesalahan Akta Lalu Lintas kerana memandu melebihi had laju pada kelajuan 131 kilometer per jam (km/j).

Ia melebihi had yang ditetapkan iaitu 70km/j.

Gurmit atau nama sebenarnya, Gurmit Singh Virk Chainchal Singh didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 12 April lalu kira-kira pukul 9.30 malam di Woodlands Avenue 12 menghala ke Lebuhraya Seletar.

Pelakon berusia 56 tahun itu hadir ke mahkamah pada Selasa tanpa diwakili peguam.



Gurmit Singh didenda kerana memandu melebihi had laju ditetapkan. (Foto: Try Sutrisno Foo)

Ketika dibicarakan, pihak pendakwa raya meminta mahkamah mengenakan hukuman larangan memandu selain menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan hukuman yang sesuai.

Untuk rekod pelakon itu tidak pernah disabitkan dengan mana-mana kesalahan sebelum ini.

Dalam keterangannya, Gurmit berkata dia dalam perjalanan mengambil anaknya dari tempat kerja sebelum terdengar bunyi aneh pada keretanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Selepas saya mengambil anak saya, saya mahu dia dengar bunyi yang sama... kemudian baru saya sedar yang saya telah memandu melebihi 100km/j.

"Saya tidak tahu macam mana saya boleh pecut 131km/j tapi saya harap pihak mahkamah memahami yang saya bukan pemandu cuai.

"Ia adalahlah kesalahan yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini," katanya.

Hakim Salina Ishak kemudian memberitahu tindakan Gurmit boleh menyebabkan dia dan anak berada dalam keadaan bahaya.

"Saya faham, Yang Arif dan saya menyesal di atas perbuatan saya itu," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain