suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kate Winslet dedah ambil masa 2 tahun dapatkan semula warna rambut asal selepas penggambaran Titanic

Gaya rambut Kate yang memegang watak sebagai Rose dalam filem Titanic.

PELAKON Kate Winslet mendedahkan dia terpaksa mengulung rambutnya setiap hari bagi mendapatkan alunan demi menjayakan watak sebagai Rose dalam filem Titanic.

Berkongsi mengenai penampilan Rose dalam filem tersebut, Kate mengakui agak sukar untuk dia dan barisan pelakon untuk mengekalkan gaya rambut yang sama memandangkan mereka menjalani penggambaran dalam tangki air.

Selain terpaksa mengulung rambut setiap masa, Kate juga mewarnakan rambutnya menjadi merah dan mengambil masa selama dua tahun untuk kembalikan kepada warna asalnya.

"Sebenarnya rambut saya tidak la beralun secara semula jadi... ia perlu digulung setiap hari dan mustahil untuk dijaga sepanjang hari sebab sentiasa ada air di sekitar kita.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kami menjalani penggambaran dalam tangki, jadi air selalu ada dan ini akan menimbulkan masalah pada rambut semua orang. Malah, saya turut mewarnakan rambut merah demi watak Rose.

"Dan untuk kembalikan warna asal rambut saya, mengambil masa dua tahun juga," katanya.

Filem arahan pengarah James Cameron pernah menjadi fenomena selepas mula ditayangkan pada 1997 dan sehingga kini penonton tidak jemu untuk menonton berapa kali. - Hollywoodlife

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain