suria

Zayn Malik bergaduh di luar bar sampai tertanggal baju

Zayn ditenangkan orang awam. Foto: TMZ

PENYANYI Zayn Malik dilapor bergaduh dengan seorang pengunjung bar di Manhattan, New York, Amerika Syarikat pada awal pagi Sabtu.

Kekecohan itu melibatkan pergaduhan mulut di antara bekas ahli kumpulan One Direction itu dengan pengunjung lelaki terbabit.

Menerusi laporan TMZ, Zayn, 28, dikatakan keluar menghisap rokok di hadapan kelab yang dikunjunginya sebelum sekumpulan lelaki dari bar bersebelahan datang menghampiri dan melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.



Zayn Malik diganggu seorang lelaki yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Susulan itu, Zayn dikatakan membalas semula kata hinaan sehingga menyebabkan mereka hampir bertumbuk namun berjaya diselamatkan orang awam yang berada di situ.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menerusi video yang tersebar dapat dilihat Zayn berada dalam keadaan tidak berbaju ketika pergaduhan itu berlaku.

Sehingga kini, Zayn masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi menjawab tentang insiden tersebut.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain