suria

BoA didapati tidak bersalah bawa masuk ubat terlarang ke Korea Selatan

BoA dilepaskan daripada tuduhan seludup pil tidur.

PENYANYI BoA didapati tidak bersalah atas dakwaan menyeludup masuk ubat terlarang ke Korea Selatan.

BoA atau nama sebenarnya, Kwon Bo-ah, 35, didakwa melakukan kesalahan tersebut pada Disember tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: BoA disiasat dakwaan cuba seludup pil tidur ke Korea Selatan

Menerusi siasatan pihak berkuasa, BoA dan staf yang terlibat membeli pil tidur Zolpidem itu tidak bersalah.

Pihak pendakwa raya mengambil keputusan tidak mensabitkan kesalahan terhadap kedua-dua pihak.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam keterangannya kepada pihak polis, BoA menjelaskan, pihaknya tidak sengaja membawa masuk ubat berkenaan tanpa dokumen pengisytiharan.

"Memang benar ada staf SM Entertainment dari Jepun yang telah mengirimkan ubat tersebut dengan menggunakan khidmat penghantaran tanpa melalui dokumen pengisytiharan kepada pihak kastam Korea.

"Namun itu adalah disebabkan kesalahan terlepas pandang, bukannya kerana kami sengaja mahu menyeludup ubat tersebut ke sini," jelasnya.

Menurut syarikat pengurusannya, BoA mengambil ubat tersebut di atas nasihat doktor yang merawatnya. - Allkpop

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain