suria

Alhamdulillah... Aurel terbuka hati berhijab, Atta Halilintar tukar panggilan isteri kepada ‘Mama Nur’

Imej baharu Aurel Hermansyah dengan tampil berjhijab.

PENYANYI Indonesia Aurel Hermansyah membuat keputusan untuk berhijrah dan mengubah penampilannya dengan memakai hijab.

Perkara itu didedahkan suaminya, Atta Halilinta dengan memuat naik sebuah posting di instagram pada Jumaat.

Atta yang juga YouTuber terkenal itu meluahkan rasa bangga bangga dengan keputusan yang dibuat isterinya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Aurel Hermansyah keguguran... alami pendarahan teruk hingga terpaksa 'bedrest'

"Selalu bangga dengan hijrah kamu yang semakin kuat dan bijak. Bidadari dunia akhirat mamanur Amin," tulis Atta pada ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Atta juga kini menukar panggilan daripada ‘isteri’ kepada ‘Mama Nur’.

Posting Atta Halilintar menerusi instagram miliknya.

Sementara itu, Aurel turut berterima kasih kepada suaminya yang banyak memberi dorongan untuk dia berubah menjadi manusia yang lebih baik.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Aamin ya Allah terima kasih sayangku yang selalu memberi tunjuk ajar untuk menjadi yang lebih baik," tulis Aurel di ruang komen posting suaminya.

Sebelum ini, Aurel mengumumkan hamil selepas sebulan berkahwin, namun berita gembira itu tidak lama apabila dia mengalami keguguran pada 6 Mei lalu.

Pasangan ini berkahwin pada 3 April lalu di sebuah hotel di Jakarta, Indonesia

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain