suria

[VIDEO] OMG! Kecut perut tengok Kajol jatuh basikal, muka tersembam ke tanah!

Kajol dikhabarkan hilang ingatan untuk seketika selepas insiden itu berlaku.

KETIKA netizen sibuk meraikan sambutan Hari Basikal Sedunia pada 3 Jun dengan pelbagai posting di media sosial, aktres terkenal Bollywood iaitu Kajol turut tidak ketinggalan memeriahkan alam maya.

Menariknya Kajol berkongsi momen mendebarkan ketika dia mengayuh basikal secara berkumpulan bersama Shah Rukh Khan dalam filem hit sepanjang zaman, Kuch Kuch Hota Hai.

Mana tidaknya, menerusi perkongsian di Instagram, Kajol memuat naik video dia jatuh tersungkur dengan muka tersembam ke tanah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan kerana kaya atau tampan... Kareena Kapoor dedah sebab terima Saif Ali Khan jadi suami

Insiden itu berlaku ketika babak dalam lagu Yeh Ladka Hai Deewana apabila basikal yang ditunggangnya secara tiba-tiba hilang kawalan.



Antara babak dalam Kuch Kuch Hota Hai.

Akibat daripada itu Kajol mengalami beberapa kecederaan pada badannya.

Dia juga dikhabarkan pengsan dan hilang ingatan untuk beberapa ketika.

Bagimanapun babak itu tidak dimasukkan dalam filem berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mengiringi posting berkenaan, Kajol mengucapkan: "Selamat Hari Basikal untuk anda juga."

Perkongsian Kajol itu turut mengundang komen daripada pengarah filem berkenaan sendiri iaitu Karan Johar.



Kajol bersama Rani Mukharjee (kiri), Shah Rukh Khan (dua dari kiri) dan Karan Johar (kanan) ketika meraikan sambutan 20 tahun filem Kuch Kuch Hota Hai di Mumbai pada 2018.

"Ya Tuhan! Saya ingat momen ini dengan jelas!

"Sudah semestinya saya tidak dapat melupakan apa yang berlaku selepas itu," demikian tulis Karan.

Dilancarkan pada tahun 1998, Kuch Kuch Hota Hai berkisar tentang tiga sahabat iaitu Rahul (SRK), Anjali (Kajol) dan Tina (Rani Mukerji).

Pelakon Salman Khan juga muncul sebagai cameo dalam filem blockbuster berkenaan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



TONTON VIDEO KAJOL JATUH BASIKAL!

Artikel Lain