suria

Jimin dan RM BTS beli ‘cash’ apartment termahal di Korea Selatan berharga RM20 juta

Jimin dan RM beli unit apartment termahal di Korea.

DUA ahli kumpulan Kpop popular BTS iaitu Jimin dan RM dilaporkan membeli unit apartmen mewah secara tunai.

Seperti dipetik Allkpop, dua selebriti ini dikatakan membeli unit kediaman di kompleks termahal di Korea Selatan.

Dalam laporan real estate, dua selebriti ini membeli unit di Nine One Hannam di Seoul.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

RM membeli unit dengan ukuran kedua terkecil dalam kompleks ini iaitu 293,93 meter persegi dengan harga USD $ 5.7 juta (RM23 juta).

Dia melakukan pembelian pada 31 Mac lalu dan sah menjadi pemiliknya pada 25 Mei lalu.

Jimin pula membeli apartment dengan keluasan yang sama dengan harga USD $5.3 juta (RM21 juta) juta secara tunai.

Walaupun keluasan sama namun perbezaan harga berikutan unit milik RM dilengkapi dengan balkoni tambahan.

Awal Januari lalu, Junkook juga dikhabarkan membeli sebuah rumah pada November 2020.

Kediaman mewah itu terletak di lokasi elit yang menjadi tempat kediaman artis popular Korea seperti Rain dan isteri Kim Tae Hee.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Jimin, BTS, RM, Butter, Kpop, rumah artis Kpop

Artikel Lain