suria

Pelakon Hotel De Luna, IU beli penthouse bernilai RM48 juta

IU bakal pindah ke kediaman baharu.

PELAKON dan penyanyi popular Korea Selatan IU dilaporkan membeli sebuah rumah jenis penthouse bernilai $11.7 juta atau kira-kira RM48 juta.

Seperti dipetik Allkpop, pelakon Kdrama Hotel De Luna ini membeli unit baharu di Eterno Chungdam di Seoul.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kediaman itu merupakan kompleks yang baru dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2022.



Penthouse yang dikatakan sudah dibeli IU.

Pelakon itu dikatakan membuat permohonan untuk tinggal di kediaman berkenaan yang dianggarkan seluas 243 meter persegi.

Dia juga dilaporkan sudah menjual vila miliknya di Bangbaedong selepas tujuh tahun dibeli.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain