suria

Gara-gara terlepas cakap ketika temubual, Elizabeth Olsen rupa-rupanya sudah berkahwin

Setelah bertunang selama tiga tahun, Elizabeth dedahkan dia telah berkahwin.

PELAKON Marvel Elizabeth Olsen akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya sudah berkahwin dengan pasangannya Robbie Arnett.

Pelakon berusia 32 tahun berkata demikian ketika temubual dengan Kaley Cuoco untuk siri Variety's Actors on Actors pada Selasa.

Semasa temubual eksklusif tersebut mereka berborak berhubung projek WandaVision bersama Disney+.



Elizabeth Olsen mendedahkan perkahwinannya ketika temu bual eksklusif bersama Kaley Cuoco.

Elizabeth atau digelar sebagai Lizzie kemudian terlepas cakap dengan menyapa Robbie sebagai suami.

"Saya baru sedar suami saya meletakkan Little Miss Magic, awak tahu, buku Little Miss Magic?," ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Elizabeth telah bertunang dengan pemuzik Milo Greene, Robbie pada tahun 2019 selepas bercinta selama tiga tahun.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Elizabeth dan menjadi tular di media sosial. - mailonline

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain