suria

Tom Hiddleston tak sangka kembali jadi Loki selepas 11 tahun

Salah satu babak dalam siri baharu Loki.

SELEPAS 11 tahun, watak Loki dalam filem Avengers: Endgame dihidupkan semula menerusi sebuah siri televiseyn berjudul Loki yang dilakonkan oleh Tom Hiddleston sebagai teraju utama.

Tom menerusi satu temubual bersama mStar berkata, dia tidak menyangka dapat kembali melakonkan watak tersebut dengan lebih mendalam menerusi siri itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib disuruh duet dengan Nabila Razali, peminat label suara Siti Sarah tidak moden - “Harap tak payah la sentap”

"Saya tidak sangka dapat meneruskan watak ini kerana di dalam babak Avengers: Infinity War itu seperti pengakhiran bagi Loki.

"Setelah berjaya mencuri Tesseract, Loki menghilangkan diri dan itu menjadi tanda tanya kepada penonton.

Loki ditangkap oleh Time Varience Authority selepas membawa lari kiub Tesseract.

"Penerbit Eksekutif Kevin Feige meyakinkan saya bahawa itu merupakan titik permulaan siri Loki ini," ujarnya dalam sesi temuramah eksklusif bersama media Malaysia.

Siri televisyen terbitan Marvel Studio ini dibawakan khas di platfom Disney+ Hotstar bermula pada 9 Jun lalu.

Selain Tom Hiddleston, siri itu turut dibintangi pelakon Owen Wilson, Gugu Mbatha-Raw, Sophia Di Martino, Wunmi Mosaku dan Richard E. Grant.

Jika diimbas dalam filem Avengers: Endgame, Loki berjaya mencuri Tesseract sewaktu pergelutan untuk merebut kiub yang mengandungi space stone ketika pasukan adiwira Avengers merentas masa ke New York pada tahun 2012.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Saya tidak sangka dapat meneruskan watak ini kerana di dalam babak Avengers: Infinity War itu seperti pengakhiran bagi Loki.

TOM HIDDLETON

PELAKON

Dalam pada itu, Tom berkata, karakter Loki yang berubah-rubah membuatkan dia tidak pernah berasa bosan.

"Saya rasa bertuah kerana masih lagi memegang watak Loki dan setiap pengalaman memainkan watak ini berbeza kerana dia mempunyai pelbagai sisi yang berlainan.

Siri ini turut menampilkan watak baharu di dalam Marvel Cinematic Universe iaitu ejen Time Varience Authority, Mobius M. Mobius.

"Loki mempunyai banyak sisi seperti antagonis, spontan dan juga vulnerable yang menjadi salah satu daya tarikan bagi penonton.

"Watak Loki ini sebenarnya sangat luas dan saya tak pernah rasa bosan terutama sekali bersama barisan pelakon yang lain," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain