suria

Beberapa bulan berpisah dengan Kim Kardashian, Kanye West ada hubungan dengan model Irina Shayk

Kanye dilihat meluangkan masa bersama Irina di Perancis baru-baru ini.

SELEPAS lebih enam bulan tidak lagi bersama bekas isteri, Kim Kardashian, penyanyi Kanye West kini dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan rapat dengan model Irina Shayk.

Memetik laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu Kanye sudah lama mengenali Irina dan mereka juga kerap bertembung di acara fesyen sejak beberapa tahun lalu.

Mula berhubung sejak bulan lalu, Kanye dikatakan meminati Irina disebabkan statusnya sebagai model yang disegani dalam industri fesyen.

"Kanye dan Irina sudah banyak kali bertemu di acara fesyen sepanjang beberapa tahun. Mereka sudah agak lama mengenali satu sama lain.

"Bulan lalu, Kanye menghubungi Irina dan mereka mula rapat. Kanye suka bila Irina seorang model kerana dia tahu mengenai fesyen dan seorang yang disegani dalam industri itu," kata sumber.



Kim memfailkan perceraian terhadap Kanye pada Februari lalu.

Sebelum ini, foto Kanye bersama Irina ketika menyambut ulang tahun kelahiran penyanyi itu yang ke-44 tahun di Perancis sempat dirakam.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Untuk rekod, Kim, 41, menfailkan penceraian mereka pada Februari lalu selepas dia dan Kanye tidak lagi tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.

Kanye, 44, tinggal di kediamannya di Wyoming, Amerika Syarikat manakala Kim bersama anak-anak mereka menetap di rumah agam pasangan itu di California.

Pasangan itu berkahwin pada 24 Mei 2014 di Florence, Itali. Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai empat cahaya mata iaitu North, 8, Saint, 6, Chicago, 3, dan Psalm, 2 tahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain