suria

Jessica Biel kongsi pengalaman bersalin ketika pandemik, lega dapat ditemani suami

Jessica dan Justin timang anak kedua pada tahun lalu.

PELAKON Jessica Biel akhirnya terbuka berkongsi mengenai kelahiran rahsia cahaya mata keduanya, Phineas pada Julai tahun lalu.

Memetik laporan Hollywoodlife, biarpun tidak nyatakan tarikh sebenar namun Jessica berkongsi mengenai pengalamannya melalui proses bersalin dalam keadaan pandemik Covid-19.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Jessica, pada mulanya tiada sesiapa dibenarkan untuk menemaninya dalam dewan bersalin namun dia menarik nafas lega apabila suami dapat berada di sisi ketika melahirkan bayi mereka.

"Sebenarnya saya sudah melahirkan seorang bayi lelaki secara rahsia ketika dalam pandemik Covid-19. Sepatutnya ia bukan satu rahsia. Tapi ia berlaku dalam keadaan kita sedang dilanda Covid-19.

"Ada ketika tiada orang pun dibenarkan untuk berada di dewan bersalin dan saya sangat gementar memikirkan situasi nak bersalin. Tapi, dia (Justin) dibenarkan masuk.

"Saya rasa, kalau saya keseorangan ketika itu, mesti akan menakutkan. Saya mesti akan menjadi sangat takut," kata Jessica.

Justin Timberlake berkahwin dengan Jessica pada 19 Oktober 2012 di Fasano, Itali dan mereka mempunyai seorang lagi anak lelaki iaitu Silas yang kini berusia enam tahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain