Inul Daratista terima nafkah RM300 sebulan dari suami - “Aku tidak perlu kemewahan, mati tak bawa apa-apa”

Inul tidak kisah soal nafkah daripada suami dan cari duit demi keselesaan anak tunggalnya.

SETELAH lebih 25 tahun mendirikan rumah tangga dengan Adam Suseno, penyanyi Inul Daratista mengakui rumah tangga mereka juga diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

Menerusi laman Instagram, Inul berkata alam perkahwinan mengajarnya banyak perkara termasuklah melalui kehidupan susah dan senang bersama.

Penyanyi lagu Goyang Inul ini turut mendedahkan meskipun dia bergelar artis popular, namun hanya menerima nafkah sekitar RM300 sebulan daripada suami.



Luahan Inul di Instagram menarik perhatian pengikut.

"Kamu dulu kacak sayang... sekarang sudah tua, makin botak dan gayamu tak segagah dulu. Macam mana aku boleh bertahan denganmu?

"25 tahun kita bersama. Bahagia? Oh tentu tidak konsisten, bayangkan mengharungi hidup bersamamu bukan hal mudah. Gelombang, badai, petir sudah aku hadapi! Jodoh? Takdir? Boleh jadi... menerimamu dalam susah dan senang, kaya dan miskin, setia dalam cinta kasih sampai mati.

"Walaupun tidak beri nafkah banyak... walaupun cuma sejuta lebih rupiah atau kurang sedikit, aku anggap itu berkat... aku anggap diriku isteri orang biasa yang sejuta cukup buat sebulan, ikhlas menerima," tulisnya.



Inul bersama suami Adam dan anak mereka Ivan.

Sementara itu, Inul berkata kerja keras yang dilakukan bukan untuk dirinya atau suami, tetapi untuk anak tunggalnya, Yusuf Ivander Damares.

Ini kerana dia enggan anak lelakinya itu menjalani kehidupan yang susah seperti yang dilalui ketika kanak-kanak dahulu.

"Suamiku... kita sudah tua, mengejar mimpi nyata buat si kecil saja. Aku tidak perlu kemewahan sebab mati nanti tak bawa apa-apa.

"Hanya buat Ivan biar hidupnya tak susah seperti zaman kita dulu," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Inul Daratista

Artikel Berkaitan

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain