suria

Rossa dedah pernah positif Covid-19, terpaksa bayar ganti rugi kepada penganjur majlis sebab tak dapat hadir

Rossa disahkan positif Covid-19 selepas pembantu peribadinya dijangkiti virus tersebut.

PENYANYI Datuk Rossa mendedahkan dia sebenarnya pernah disahkan positif Covid-19 namun memilih untuk tidak berkongsi lebih lanjut perkara tersebut.

Gara-gara dijangkiti virus tersebut, dia juga terpaksa membayar sebanyak hampir RM300,000 sebagai ganti rugi tidak dapat menghadiri sebuah acara yang sudah dijanjikan.

"Saya pernah dijangkiti Covid-19 sebelum ini dan terpaksa menanggung kerugian sebab nak bayar ganti rugi acara yang sepatutnya saya hadir," katanya.

Penyanyi terkenal Indonesia itu berkongsi perkara tersebut menerusi rakaman yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya baru-baru ini.



Rossa jalani kuarantin kendiri di rumah.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Hati Yang Kau Sakiti ini juga berkongsi mengenai kronologi bagaimana dia dijangkiti Covid-19 yang berkemungkinan berpunca daripada pembantu peribadinya (PA).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ikutkan setiap minggu memang saya perlu buat ujian calitan untuk program live setiap hari isnin. Namun ada satu minggu itu, badan saya tak berasa sihat.

"Bila buat swab test keputusan negatif. Tapi lima hari sebelum itu, PA saya disahkan positif. Walaupun keputusan negatif tapi demi keselamatan, saya berehat sahaja di rumah.

"Selepas lima hari berehat, saya perlu jalani ujian calitan lagi sebab perlu terbang ke Surabaya sebab ada acara yang perlu saya hadiri. Malangnya, saya disahkan positif Covid-19 ketika itu," ujarnya. - Liputan6

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain