suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dua kali masak tetap gatal tekak!” - Peniaga buang asam rebus keladi pukul 2.30 pagi, hampir putus asa tapi syukur dapat pelanggan ‘sempoi’

Aspek keselamatan makanan penting bagi mengelakkan pengguna mengalami masalah kesihatan. -Gambar hiasan AI

TUGAS seorang tukang masak bukan sahaja menyediakan juadah menyelerakan tetapi memastikan hidangan tersebut selamat dijamah pelanggan.

Bagaimanapun kesilapan kecil atau tidak disengajakan boleh berlaku sehingga menyebabkan masakan tersebut tidak selamat dimakan dan terpaksa dibuang bagi mengelakkan sebarang masalah.

Situasi itu juga terpaksa dilalui oleh wanita dikenali sebagai Tinie Razak apabila terpaksa membuang dua periuk besar asam rebus keladi hasil air tangannya.

"Aku buang seperiuk besar asam rebus keladi... Terus ajak rakan cari keladi untuk buat semula," luahnya menerusi hantaran di Threads.

Asam rebus keladi yang telah dibuangnya kerana menyebabkan kegatalan pada tekak dan lidah. -Foto Thread Tinie Razak

Asam rebus keladi yang telah dibuangnya kerana menyebabkan kegatalan pada tekak dan lidah. -Foto Thread Tinie Razak

Bercerita mengenai punca tindakannya itu, Tinie menjelaskan ia disebabkan hidangan itu meninggalkan rasa gatal pada lidah dan tekak ketika merasanya.

Namun dugaan mereka tidak berakhir di situ apabila hidangan sama sekali lagi meninggalkan kesan sama selepas memasak semula juadah tersebut.

"Kali ini sebelum letak isi ikan, aku rasa lagi dan gatal. Jam dah pukul 2.30 pagi," luahnya yang kemudian mengambil keputusan menghubungi pelanggan.

Dalam keadaan buntu, dia memohon maaf dan memaklumkan masalah yang berlaku dan menawarkan untuk menggantikan dengan hidangan lain.

  • Tinie Razak menerima tempahan nasi ulam bersama asam rebus keladi yang memerlukan persiapan sejak awal pagi.
  • Seperiuk besar masakan pertama terpaksa dibuang selepas keladi tersebut menyebabkan lidah dan tekaknya terasa gatal.
  • Tinie membeli keladi baharu dan memasak semula, namun hidangan kedua turut memberikan kesan sama pada pukul 2.30 pagi.
  • Dia segera memohon maaf kepada pelanggan serta menawarkan hidangan lain sebagai ganti sebelum tempahan dihantar.
  • Netizen memuji sikap bertanggungjawab Tinie yang sanggup menanggung kerugian demi menjaga keselamatan pelanggan.

Tanpa diduga, pelanggan tersebut bersetuju dengan cadangannya, namun meminta makanan gantian disediakan pada hari berikutnya kerana tidak memerlukannya pada hari sama.

Kejadian tersebut menyebabkan Tinie menangis sepanjang malam kerana ia merupakan kali pertama hidangan asam rebus keladi yang dimasaknya gagal.

"Memang menangis. Allah uji sebab sayang, kan? Tak mengapalah, Dia tidak mengizinkan perkara itu berlaku hari ini, tentu ada sebabnya.

"Kita berlapang dada, jelaskan sambil meminta maaf. Syukur pelanggan saya memang manusia yang baik," tambah Tinie.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup tisu gulung, surat khabar pun ada! Taktik jahat peniaga laksa pekatkan kuah terbongkar - “Nampak macam ada huruf”

ARTIKEL BERKAITAN: Kuah laksa busuk... Tetamu hilang selera, tuan rumah cuba terus muntah! Peniaga tak rasa bersalah, sibuk cari senduk hilang

Walaupun mengalami kerugian dan terpaksa membuang hidangan yang disediakan, dia bersyukur kerana sempat mengesan masalah berkenaan sebelum makanan itu diserahkan kepada pelanggan.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya memuji tindakannya yang membuang masakan tersebut tanpa merisikokan pelanggan.

"Terima kasih kak prihatin, untuk orang-orang macam saya ni... kadang-kadang kita tak tahu pun bila akan kena.

"Semoga awak dimewahkan rezeki, terima kasih sebab rasa dulu sebelum bagi pelanggan," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain