suria

Sepuluh tahun suami pegang gaji, minta beli baju dikata membazir... Wanita akhirnya kena cerai sebab dianggap selekeh

Suami tidak sepatutnya mengawal duit gaji isteri. -Gambar hiasan AI

DEMI cinta ada segelintir individu sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengorbankan kebahagiaan diri sendiri.

Menurut seorang wanita, dia juga pernah berada dalam situasi itu sehingga sanggup menyerahkan gajinya kepada pasangan.

"Gaji saya dia pegang. Alasannya, nak akaun bank dia nampak 'cantik' supaya senang nak buat pinjaman. Gaji kami gabung dalam akaun bank dia.

Segelintir wanita sanggup berkorban demi membahagiakan suami. -Gambar hiasan AI

"Pada hari bulan tertentu je baru saya boleh keluarkan duit. Bila minta beli baju atau produk penjagaan wajah, dia kata membazir. Dia minta saya beli yang murah.

"Dulu saya pakai jenama L'Oréal, kemudian bertukar kepada jenama Safi. Baju pun beli di pasaraya. Semua saya reda demi keluarga kami," kongsi wanita itu.

Namun katanya, pengorbanan selama 10 tahun dalam rumah tangga bagaikan tiada erti apabila lelaki tersebut akhirnya memilih wanita lain atas alasan tidak masuk akal.

  • Seorang wanita mendedahkan duit gajinya dipegang oleh suaminya.
  • Ia disimpan dalam akaun bank suaminya dan boleh dikeluarkan pada tarikh tertentu sahaja.
  • Tindakan itu dibuat agar rekod akaun bank suaminya 'cantik' bagi memudahkan urusan pinjaman.
  • Pengorbanan wanita itu tidak berbaloi apabila mereka akhirnya bercerai selepas 10 tahun bersama.

"Sekarang dia dah jadi bekas suami. Selepas 10 tahun, dia cari bini baru dengan alasan saya ni selekeh," luahnya lagi menerusi hantaran di Threads pada Isnin.

Perkongsian wanita itu menerima pelbagai reaksi daripada pelayar di platform tersebut. 

Segelintir netizen turut mengutuk wanita itu atas kesilapannya yang terlalui mempercayai lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gaji minimum penanggung tunggal keluarga, balik kerja kena urus rumah pula... Bengang suami ‘house husband’ berat tulang

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji tinggal RM400, suami turuti permintaan bapa nak makan di restoran... Beri RM300 sebelum balik - "Susu, lampin tak beli lagi"

"Kamu ni bengap. Jangan sesekali beri duit kepada lelaki.

"Jangan marah ya, tapi kau ni bodoh sikit. Kenapa biar dia pegang gaji kau?

"Aku harap bekas suami kau kena tinggal bila dah tua. Biar dia meninggal kebuluran seorang diri," tulis beberapa individu.

Artikel Lain