PELAKON, Hisyam Hamid menyedari kewujudan seorang peminat wanita yang sering mengaku sebagai bakal isterinya di media sosial telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan netizen.
Namun, Hisyam atau nama sebenarnya Hazmi Hisyam Abdul Hamid, 40, berkata dia tidak mengambil perkara itu terlalu serius dan menganggap individu berkenaan hanyalah peminat setia yang menyokong kerjayanya.
"Tentulah saya perasan sebab dia selalu tag saya di media sosial. Ingatkan akaun dia sudah tiada, tapi rupanya masih aktif.

Antara foto yang disunting peminat wanita.
"Saya anggap dia hanya seorang peminat yang menyokong kerjaya saya, itu saja,” katanya kepada mStar.
Hisyam ditemui ketika sidang media drama Saat Aku Tahu yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.
Tambah pelakon kelahiran Singapura itu, dia tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit.
ARTIKEL BERKAITAN: Bahagia pegang status duda... Hisyam Hamid tak terdesak cari pengganti, jawab hubungan dengan penerbit
ARTIKEL BERKAITAN: Hisyam Hamid patut jadi penyampai trofi Selebriti Feminin Terhangat, netizen dakwa program hiburan sengaja tukar saat akhir
"Ramai yang suruh saya ambil tindakan, tapi selagi dia tidak melanggar undang-undang atau etika, saya rasa tiada masalah.
"Setakat ini dia hanya aktif di media sosial seperti Instagram dan TikTok saja, tidak pernah ganggu saya di luar,” ujarnya.

Hisyam tenang berdepan peminat obses.
Difahamkan wanita berkenaan aktif menyunting foto Hisyam bersama dirinya dan berkongsi di media sosial.
Menerusi ruangan kapsyen wanita berkenaan menulis kata-kata romantis seolah membayangkan dirinya bakal menjadi peneman hidup Hisyam.
Malah pada bahagia biografi dia turut menulis 'Hisyam Hamid Bakal Suami Saya'.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


