suria

Sedekad bergelar anak seni, Syamel janji kongsi kenangan penuh emosi dalam ‘Pertama’

Syamel bakal hiburkan peminat menerusi konsert 'Pertama' pada 22 November depan.

SELEPAS sedekad mewarnai industri seni, penyanyi Syamel bakal melakar satu lagi detik istimewa dalam perjalanan kariernya menerusi konsert sulung bertajuk 'Pertama - A New Journey Together With Me, Syamel' yang bakal diadakan pada November.

Bagi Syamel atau Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 32, konsert ini bukan sekadar persembahan biasa, sebaliknya sebuah perjalanan muzik penuh makna ingin dikongsi bersama mereka yang sentiasa berada di sisinya sejak awal.

“Jom kita cipta momen baru bersama di Pertama. Ini permulaan perjalanan baru saya, dan sesi istimewa yang sangat intimate bersama peminat terutamanya Syamelovers.

Syamel hargai sokongan peminat selama bergelar anak seni.

"Sokongan anda adalah tenaga di sebalik setiap langkah saya. 

"Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada cerita ini,” katanya.

Konsert yang dijangka sarat dengan emosi itu akan berlangsung pada Sabtu, 22 November, bertempat di Nero Event Space, PJPAC, 1 Utama E, Petaling Jaya, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN:“Lagu yang mahal” - Syamel sanggup terbang ke Manchester demi ‘Beribu Tanda Tanya’

ARTIKEL BERKAITAN: Syamel aktif futsal, Ernie Zakri lulus tanpa bantah… “Jangan masa bercinta tak buat perkara yang kita suka”

Tiket konsert berkenaan berharga RM148 telah mula dijual sejak 3 November lalu menerusi platform Onetix.

Acara ini dibawakan oleh SAH Entertainment dengan kerjasama Universal Music Malaysia.

Untuk rekod, Syamel mula dikenali selepas terpilih menyertai program realiti Akademi Fantasia 2015 (AF2015) dan diumumkan sebagai naib juara. 

Syamel mahu berkongsi perjalanan seninya bersama para peminat.

Pada tahun 2016, Syamel memenangi kategori Artis Baharu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM22).

Selain dalam nyanyian solo, Syamel turut dikenali melalui gandingan bersama isterinya iaitu penyanyi Ernie Zakri dalam program Duo Star 2016, yang menghasilkan beberapa lagu popular seperti Aku Cinta dan Takkan Terlerai. 

Tidak hanya itu, Syamel pernah mewakili Malaysia ke ABU TV Song Festival 2017 di Chengdu, China, sebagai salah satu wakil artis negara di peringkat antarabangsa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain