TEGUH berpegang pada prinsip, pelakon Shaza Bae kekal dengan pendirian tidak mahu mencipta nama dalam industri seni hanya kerana kontroversi.Bagi Shaza atau Shaza Nuriman Mohamad Zamri, 31, dia sentiasa percaya pada rezeki dan tidak pernah kecewa apabila ada yang menganggap perjalanan seninya agak perlahan. "Saya meletakkan sepenuh hati dan jiwa. Dalam masa sama saya pegang serta percaya dengan konsep rezeki dalam industri seni.Shaza tidak mahu ambil jalan mudah mencipta nama. "Jika perjalanan seni saya dianggap perlahan oleh pihak tertentu kerana tiada kontroversi atau hal-hal yang sering diperkatakan, saya terima."Saya tidak mahu menumpang pelakon lain serta tak mahu gosip murahan. Saya tidak mahu menunggang kesengsaraan orang lain. Tak mahu mengampu. Biarlah saya berdiri atas kaki sendiri," katanya.Shaza menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di InstaStory miliknya pada Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lakon watak tomboi dalam ‘Aku Bukan Ustazah’, Shaza Bae terkejut ramai wanita DM puji kacak ARTIKEL BERKAITAN: Shaza Bae terlibat kemalangan, terkejut kereta dipandu wanita hamil berpusing sebelum terbabasDalam perkongsian berkenaan, dia turut memuat naik sedutan temu bual bersama podcast Confession Bilik Gelap yang bercerita tentang mencipta kontroversi bagi menaikkan nama sebagai artis.Pelakon ini, dalam masa sama, sedar dirinya tidak mudah terpengaruh dengan populariti sehingga mendesak untuk mencipta kisah sensasi.Malah, Shaza menegaskan sejak awal pembabitan sebagai pelakon, dia sudah meletakkan matlamat yang cukup jelas dalam perjalanan kerjaya seni.Shaza meletakkan matlamat jelas sebagai anak seni. "Apabila saya membuat keputusan untuk menjadi anak seni sepenuh masa enam tahun lalu, saya telah meletakkan niat dengan jelas."Saya suka seni dan Allah telah menetapkan jalan ini sebagai kerjaya. Meskipun tidak mudah, namun saya amat bersyukur," luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube