PENYANYI dan aktor Noki K-Clique menetapkan syarat tersendiri sebelum menerima sesuatu tawaran, termasuklah memilih pelakon gandingan bagi memastikan proses kerja berjalan dengan lancar.Noki atau Ahmad Ikhwan Aji, 32, berkata perkara itu lebih dititikberatkan apabila melibatkan gandingan dengan pelakon wanita kerana mahu memastikan keserasian dan persefahaman wujud sepanjang penggambaran. "Ya memang saya pilih gandingan pelakon, lebih-lebih lagi dengan pelakon wanita. Noki mempunyai syarat sendiri sebelum menerima sebarang tawaran."Mungkin kesilapan saya terlalu awal menghakimi orang tapi bila saya sendiri dah cuba bercakap tapi respons diterima tidak baik, saya tak boleh. "Kalau saya ada perasaan tak boleh dengan dia (pasangan pelakon), saya akan tolak untuk berlakon sama," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Noki berkata dia mengutamakan rakan lakon yang bersikap terbuka untuk berbincang dan bekerjasama demi menghasilkan karya terbaik.ARTIKEL BERKAITAN: Noki terkena tendangan pelakon Korea Selatan, bimbang jari patah ketika penggambaran filemARTIKEL BERKAITAN: Industri hiburan haram? Noki K-Clique tak setuju kenyataan influencer, kena ada adab menegurBagi Noki, sikap terlalu mengikut kehendak sendiri hanya menyukarkan proses penggambaran dan memberi kesan kepada kualiti sesebuah naskhah."Saya mahukan gandingan yang boleh berbincang, bukan hanya ikut kepala sendiri kerana memang ada pelakon berperangai seperti itu."Mungkin tak salah nak berkelakuan seperti itu, tetapi jika kita mahu hasilkan sebuah naskhah yang baik perlu berpandukan semua aspek. Barulah hasilnya terbaik. Ya memang saya pilih gandingan pelakon, lebih-lebih lagi dengan pelakon wanita. NOKI K-CLIQUEPELAKON/PENYANYI"Jadi kalau tiada persefahaman, ia kan menyusahkan kerja dan bimbang hasilnya tidak seperti diharapkan," ujarnya. Bagaimanapun, Noki menepis tanggapan dia memilih pasangan lakonan kerana bimbang timbul perasaan cinta ketika bekerja bersama.Sebaliknya, jelasnya keputusan tersebut dibuat semata-mata bagi memastikan dapat memberi persembahan terbaik tanpa dibelenggu rasa kekok dengan rakan gandingan.Noki mahu memberikan hasil terbaik dalam setiap lakonannya."Saya tak rasa individu itu gementar bertemu dengan saya sebab kita boleh tahu kalau dia benar-benar gemuruh. "Saya memilih pasangan lakonan untuk menghasilkan karya yang baik, bukan sebab takut tangkap cintan (jatuh cinta) dengannya. "Cuma yang saya risau adalah tidak mampu beri yang terbaik disebabkan ada rasa kekok antara kami," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!