PENYANYI dan pelakon, Noki K-Clique, terpaksa dikejarkan ke hospital Seoul, Korea Selatan pada Khamis selepas mengalami kecederaan di bahagian ibu jari tangan kirinya.
Menurut Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, 31, insiden itu berlaku tanpa disedari ketika dia sedang menjalani sesi latihan bersama pelakon aksi dari Korea Selatan, Park Siyeol bagi menjayakan salh satu babak filem terbaharunya berjudul Tiket Sehala.
“Ibu jari tangan kiri saya terlipat ke belakang selepas terkena tendangan Park ketika sesi latihan.

Imbasan x-ray tangan kiri Noki.
“Akibatnya, bahagian ibu jari dan sebahagian tangan membengkak serta kelihatan kebiru-biruan,” katanya.
Dalam pada itu Noki mengakui dia bimbang sekiranya kecederaan tersebut menyebabkan tulangnya patah dan boleh mengganggu jadual penggambaran di sana.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan serius dan dia dinasihatkan untuk mengambil tempoh rehat.
ARTIKEL BERKAITAN: Tertarik dengan wanita wajah kacukan, Noki mahu cari jodoh di Kelantan dan Terengganu
ARTIKEL BERKAITAN: Penat ulang-alik ke Sabah, Noki pindah terus ke Kuala Lumpur
“Saya dapat satu suntikan tahan sakit dan doktor sahkan tiada yang serius.
“Tapi saya perlu balut tangan dan berehat sekurang-kurangnya dua hari tanpa buat aktiviti berat, terutama aksi yang memerlukan tumbukan,” ujarnya.
Noki kini berada di Korea Selatan bagi penggambaran filem terbaharu berjudul Tiket Sehala terbitan Key Billions Sdn Bhd dan arahan Rahila Ali.

Noki kini berada di Korea Selatan bagi menjalani sesi penggambaran filem Tiket Sehala.
Penggambaran filem itu dijalankan selama sebulan di beberapa lokasi di negara tersebut.
Selain Noki dan Siyeol, filem itu turut dibintangi pelakon lain seperti Jaa Suzuran, Ainee Mustafa, Zaki Yamani serta bekas atlet karate negara Saha Champ.
Barisan pelakon antarabangsa pula terdiri daripada ahli kumpulan SuperThai dari Thailand, Ninja, selain Jun Tarzan dari Korea Selatan dan aktor Indonesia, Naufal Samudra.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


