PENYANYI Sufi Rashid bersedia untuk menganggung segala kerugian yang dialami pengasuh anaknya selepas kecoh mengenai dakwaan dia dan isteri bersikap kasar terhadap wanita tersebut.
Menurut Sufi, 34, dia sudah menghubungi wanita berkenaan untuk menyelesaikan masalah antara mereka secara baik tanpa melibatkan undang-undang seperti yang dikatakan sebelum ini.
"Bagi mengelakkan perkara ini berlarutan, kami sudah menghubungi pengasuh tersebut untuk bertemu dan menyelesaikan hal ini dengan cara baik.

Sufi harap isu tidak lagi dipanjangkan.
"Jika dia mengalami sebarang kerugian atau kesan negatif akibat isu ini, kami sedia bertanggungjawab dan membantu dengan apa jua cara yang diperlukan," katanya.
Sufi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Thread miliknya pada Jumaat.
Keputusan tersebut diambil selepas dia dan isteri Nurulain Md Yusof berbincang semula dan kemudian menyedari kesilapan yang dilakukan.
Jelasnya, mereka memberi reaksi yang keterlaluan sehingga menyebabkan keadaan tersebut menjadi tegang.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah baling objek, isteri Sufi Rashid tampil jawab dakwaan tengking ‘babysitter’
ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh isu ‘babysitter’ kecam pempengaruh, netizen petik nama Sufi Rashid... “Peguam sudah hubungi individu terbabit”
"Selepas berbincang semula dengan tenang, saya dan isteri sedar bahawa kami mungkin bertindak keterlaluan dalam isu ini.
"Walaupun nama isteri saya tidak disebut secara langsung, konteks yang timbul telah menyebabkan orang lain menyerangnya tanpa henti.
"Isteri saya menerima banyak komen dan DM berbaur kebencian, dan sebagai suami, adalah tanggungjawab saya untuk mempertahankan dan melindungi kesejahteraannya," katanya lagi.
Dalam pada itu,Sufi juga berharap agar isu tersebut tidak lagi dipanjangkan selepas kedua-dua pihak bertemu kelak malah dia turut berterima kasih dengan teguran orang ramai terhadapnya.

Sufi akui tindakan tersebut sekadar mempertahankan isteri.
"Kami betul-betul harap perkara ini boleh berhenti di sini sahaja dan tak berpanjangan. Terima kasih kepada keluarga, kawan-kawan dan semua yang reach out serta beri teguran dengan niat baik.
"Lepas ni, kami akan lebih berhati-hati dalam tindakan kami," ujarnya.
Sebelum ini kecoh apabila seorang babysitter mendakwa dia menerima layanan buruk daripada pempengaruh.
Meskipun tidak menyebut sebarang nama, rata-rata netizen meneka dakwaan itu ditujukan kepada Sufi dan isteri.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


