suria

Tak pernah baling objek, isteri Sufi Rashid tampil jawab dakwaan tengking ‘babysitter’

Isteri Sufi (kiri) menafikan dakwaan menengking pengasuh anaknya di Indonesia.

ISTERI penyanyi Sufi Rashid iaitu Nurulain Md Yusof, tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan bersikap kasar terhadap seorang pengasuh (babysitter) anaknya. 

Menurut Nurulain atau mesra disapa Ain, tuduhan dia menengking wanita berkenaan di sebuah restoran di Indonesia adalah tidak benar. 

“Itu pertama kali saya ‘tinggi suara’ dengan dia. Bukanlah saya menengking, cuma suara saya tinggi,” katanya.

Sufi (kanan) dan isteri sudah pun menjelaskan perkara sebenar.

Ain berkongsi perkara itu ketika sesi siaran langsung di aplikasi TikTok miliknya pada awal pagi Khamis.

Tindakannyw itu dikatakan berpunca selepas wanita berkenaan seakan tidak mengendahkan apabila anaknya, Sabreen Aleyna menangis.

Ketika itu dia yang sedang makan teus mendukung anaknya, sedangkan wanita berkenaan tidak berbuat apa-apa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh isu ‘babysitter’ kecam pempengaruh, netizen petik nama Sufi Rashid... “Peguam sudah hubungi individu terbabit”

ARTIKEL BERKAITAN: Murah rezeki Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!

Dalam kekecohan itu, Ain juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia membaling objek ke arah babysitter atau sesiapa pun.

“Saya tidak baling apa-apa pada muka dia. Korang dengar sendiri. Kalau korang rasa mudah buat macam tu, ingatlah Allah sentiasa nampak dan mendengar,” ujarnya.

Menurut Ain, kebanyakan dakwaan hanyalah spekulasi dan bukan sesuatu yang mudah untuk dimaafkan jika ia tidak benar.

Ain menegaskan kehadiran babysitter adalah supaya ibu bapa boleh makan dengan tenang tanpa risau mengenai anak, dan bukannya bermakna dia melepaskan tanggungjawab sebagai ibu.

“Babysitter, bukan nanny. Saya tak jadikan dia nanny. Kalau saya makan dengan suami, babysitter kena tunggu dan uruskan anak saya,” jelasnya.

Selain itu, Ain turut menjelaskan walaupun mereka ada pengawal peribadi untuk membantu individu tersebut juga tidak diarahkan untuk mengangkat barang-barang anak mereka. 

Kecoh di media sosial berhubung dipercayai mengenai pengasuh anak Sufi.

Oleh itu, Ain menegaskan dia dan Sufi tidak berhutang sebarang penjelasan kepada sesiapa.

Sebelum ini kecoh apabila seorang babysitter mendakwa dia menerima layanan buruk daripada pempengaruh. 

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, rata-rata netizen meneka dakwaan itu ditujukan kepada Sufi dan isteri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia