suria

Liza Abdullah sekali lagi buat penonton tak senang duduk, watak ‘Che Yam’ bagai mentua dari neraka

Watak Liza sekali lagi menghangatkan hati netizen.

PELAKON Liza Abdullah sekali lagi menarik perhatian penonton apabila watak Che Yam yang dibawakan dalam drama Sumpah Ibuku berjaya membuatkan netizen tidak senang duduk. 

Karisma dan penghayatan Liza Abdullah dalam membawakan karakter antagonis menimbulkan pelbagai respons dan rata-rata meluahkan rasa marah terhadap Che Yam. 

Tidak kurang juga ada yang menyamakan karakter Che Yam dengan watak Mak Leha sperti pernah dibawakan dalam drama 7 Hari Mencintaiku sebelum ini. 

Lakonan Liza sekali lagi menarik perhatian ramai.

"Dah agak dah muka mak Leha (Liza) jarang-jarang jadi ibu mentua dari syurga. 

"Ada rupanya ya mak mentua dari neraka macam lakonan Liza ni," tulis netizen. 

Namun di sebalik rasa marah, tidak kurang juga ramai yang memuji lakonan mantap Liza setiap kali tampil dengan watak sebegitu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Meletop dengan watak 'Mak Leha', pernah berduet dengan Ringgo (Arrow) lagu 'Samarenda'... ini 10 fakta tentang Liza Abdullah

ARTIKEL BERKAITAN: Liza Abdullah belum sedia kongsi kisah jodoh… “Tak semua benda kita boleh cerita” 

Bukan hanya menghidupkan jalan cerita, malah Che Yam juga telah meningggalkan impak kepada penonton. 

Sumpah Ibuku mengisahkan tentang Husna (Izara Aishah)  seorang ibu tunggal yang berkahwin kembali dengan cinta lamanya, Hadith (Datuk Remy Ishak), tetapi dibenci dan difitnah oleh ibu mentuanya, Che Yam. 

Perjuangan Husna bukan sahaja untuk membuktikan kesetiaan, tetapi juga untuk melindungi bapa mentuanya yang lumpuh, sebelum akhirnya kebenaran tentang niat jahat Che Yam. 

Kisah Che Yam juga diuji apabila rahsia suaminya terbongkar selepas meninggal dunia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia