suria

Perpecahan kumpulan biasa terjadi, Awie terima dengan lapang dada… Tak lupa doa buat dua bekas anggota Wings

Awie menerima dengan hati terbuka keputusan dua sahabatnya itu.

VOKALIS kumpulan Wings, Datuk Awie menerima dengan hati terbuka keputusan dua ahli kumpulan itu, Eddie dan Black, yang memilih untuk berundur sebelum berlangsungnya Konsert Ulang Tahun Ke-40 Wings: 4 Dekad Terbang Tinggi pada 28 November lalu.

Menurut Awie atau Ahmad Azhar Othman, 57, perpecahan dalam mana-mana kumpulan muzik bukanlah perkara asing dan sudah banyak kali berlaku. 

“Perpecahan kumpulan berlaku di seluruh dunia. Tiada satu band pun yang kekal tersusun sampai mati.

Awie mendoakan kesejahteraan dua bekas anggota Wings.

“Jadi ia perkara biasa, tak perlu digusarkan,” katanya kepada mStar.

Awie berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas sidang media Sembilu The Reunion Live in Concert di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Berkongsi lanjut, Awie berkata dia tetap mendoakan kesejahteraan dua bekas anggota yang pernah melalui susah senang bersamanya sepanjang bersama Wings.

ARTIKEL BERKAITAN: Black, Eddie umum keluar Wings

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Wings 40 tahun tetap jalan, jadi malam penghargaan buat peminat

“Sepatutnya saya tak payah beritahu apa doa saya.

“Tapi saya sentiasa doakan mereka berjaya dunia akhirat, sihat tubuh badan dan dilimpahkan rezeki.

“Orang tak perlu tahu doa saya sebenarnya… tapi hari ini saya beritahu. Setiap sujud saya, mereka ada dalam doa,” ujarnya.

Tiada satu band pun yang kekal tersusun sampai mati.

AWIE

PENYANYI

Sementara itu, Awie turut mengulas mengenai ucapan berbaur kiasan yang disampaikannya pada segmen akhir konsert, yang didakwa ditujukan kepada individu yang pernah meninggalkan perjuangan Wings.

Jelasnya, kata-kata tersebut sekadar berkait dengan pemilihan lagu yang dibawakan pada malam itu.

“Tak ada apa-apa pun. Itu sebenarnya list lagu saja. Kebetulan list lagu itu macam kena pula.

Eddie (kiri) dan Black tidak mendedahkan punca keluar Wings.

“Saya cuma meluahkan sedikit rasa melalui lagu-lagu tersebut. Saya tak menyusun apa-apa pun… sekadar kebetulan,” jelasnya.

Sebelum ini, pemain bass Eddie dan pemain dram Black mengumumkan pengunduran rasmi mereka daripada Wings pada 8 Oktober lalu.

Kini, selain Awie, Wings turut dianggotai Syam dan Edrie Hashim.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia